9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best Untuk Surirumah

Hi pembaca blog ummi erna 😊. Kepada yang pertama kali singgah blog erna, terima kasih erna ucapakan sebab sudi singgah blog kuasa kasih sayang erna ni. 

Kepada yang tidak mengenali erna, erna seorang suri rumah. Mempunyai 5 orang anak. Tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Alhamdulillah dengan izin Allah, ini adalah tahun ke-11 erna bekerja sebagai seorang Suri bisnes.

Pernah dengar Suri bisnes?
Nama glamour nya working at home mom. 😎

Selama 11 tahun memegang jawatan Suri bisnes, erna menjalankan tanggungjawab memberi khidmat kepada anak dan suami. Menguruskan hal-hal rumahtangga sama seperti suri rumah lain. Apa yang membezakan seorang Suri bisnes seperti erna dan surirumah lain adalah, disamping berkhidmat kepada keluarga, erna juga menjalankan bisnes yang beroperasi sepenuhnya hanya dari rumah.

Erna sendiri tidak pernah terfikir akan menjadi seorang Suri bisnes sepenuh masa seperti sekarang. 11 tahun lepas, erna mencari suplemen vitamin untuk kecergasan badan, kesihatan, kecantikan dan membantu erna tambah susu badan sebab masa itu masih menyusukan anak sulung erna, Abang Iman (11tahun).

Dengan pembelian set lengkap penyusuan tahun 2013, melayakkan erna dapat percuma keahlian. Erna berkongsi manfaat dan kesan baik yang erna dapat selepas makan vitamin shaklee. Secara tidak langsung, erna menerima banyak tempahan vitamin daripada orang sekeliling erna. Kebetulan Erna baru sahaja berhenti kerja. Dipendekkan cerita, atas restu suami, erna buat keputusan untuk bisnes dari rumah sambil jaga iman.

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best Untuk Surirumah

    1. Seorang surirumah biasanya merasa rendah diri. Merasakan diri tiada value jika dibandingkan dengan kawan-kawan lain yang bekerjaya. Tetapi ianya sangat berbeza bila anda berada dalam Komuniti Bisnes Shaklee. Bercampur dengan pelbagai latarbelakang kerjaya rakan bisnes. Ada doktor, engineer, guru dan lain-lain kerjaya profesional. Tetapi semuanya boleh bergaul mesra seperti keluarga. Boleh bekerjasama antara satu sama lain. 

Workshop bersama saintis Malaysia Dr. Redza di Tabung Haji Hotel, Kelana Jaya. 

    2.Seorang surirumah seperti erna yang 24 jam / 7 menghadap kerja rumah dan menguruskan anak-anak, kadangkala boleh mengakibatkan bebanan perasaan amat tinggi. Tetapi bila berada dalam Komuniti bisnes Shaklee, segala perasaan dan tindakan dapat dikawal kerana sesama kami juga, dam team kami juga ada ramai Suri Rumah. Disitu kami dapat bertukar-tukar cerita. Mendapat pandangan nasihat dan motivasi. Tidaklah rasa terbeban sendiri bila ada tempat untuk berkongsi cerita suka duka seorang Suri bisnes. Sesungguhnya menguruskan keluarga memberi khidmat kepada keluarga dan dalam masa yang sama bisnes bukanlah satu perkara yang mudah tetapi dapat diharungi dengan rasional bersama komuniti bisnes Shaklee yang best. 

    3.Bila seorang surirumah dah join Komuniti bisnes Shaklee yang sangat best ini, surirumah juga berpeluang untuk join event serta training secara bersemuka. Samaada dianjurkan oleh pihak company ataupun team Master masing-masing. Dalam event tersebut surirumah bolehlah berpakaian cantik-cantik mengikut tema yang ditetapkan. Jadi walaupun anda seorang surirumah tetaplah anda berpeluang join event event besar, bersiap cantik-cantik dan bersosial.

Erna Menghadiri Business Leader National Conference 

    4.Dalam komuniti bisnes Shaklee yang best ini anda akan dapat pelbagai ilmu daripada company ataupun Master. Ilmu marketing, ilmu close sales, ilmu urus kewangan, ilmu bina diri, ilmu nutrisi berkaitan kesihatan dan pemakanan serta kecantikan. Paling berharga adalah ilmu marketing langit. Mendekatkan diri dengan Allah. Pendek kata tak sempat nak rasa tepu walaupun anda seorang surirumah. Sebab terlalu banyak training yang disediakan. Larat tak larat je la nak join. Tak dapat join kelas secara offline. Kelas online dari rumah pun ada. 

Class online dari rumah melalui aplikasi Zoom. 

    5.Jangan tak tahu komuniti bisnes Shaklee sangat best sebab seorang surirumah juga berpeluang meraih sejumlah pendapatan bulanan luar jangka. Pendapatan bulanan ada yang mencecah 5 angka sebulan. Dengan pendapatan bulanan seorang surirumah banyak perkara yang boleh digunakan untuk membantu suami, beri duit kepada ibuayah, bahagiakan anak-anak dengan duit pendapatan sendiri walaupun seorang surirumah dan mempunyai pendapatan sendiri ia adalah sesuatu yang luar biasa. 

    6.Me time. Seorang surirumah juga semestinya mengimpikan ruang masa bersendirian. Bersama Community bisnes Shaklee yang best ini, anda berpeluang untuk ber me time dengan rakan bisnes anda. Setiap tahun, pihak company ada menyediakan trip percutian mewah ke destinasi pelancongan yang menarik. Trip mewah ini ditaja sepenuhnya oleh pihak company tanpa perlu mengeluarkan apa-apa bayaran. Erna sendiri pernah join trip mewah Shaklee menaiki cruise. Percutian penginapan di Hotel 5 bintang. Ke Bangkok. Langkawi. Penang. Pakej menunaikan Umrah termasuk melancong ke Istanbul pada musim sejuk.

Ayah bersama Master Haji Roslan dalam trip Umrah Shaklee. 

Diatas Star Cruise Shaklee Incentive Trip

    7.Modal untuk join Komuniti bisnes Shaklee yang best adalah sangat rendah lebih-lebih lagi company selalu buat promosi istimewa khas kepada new user. Pembelian dengan nilai tertentu, melayakkan anda dapat daftar sebagai ahli secara percuma. Di sini suri rumah bolehlah memanfaatkan percuma keahlian untuk memulakan bisnes dari rumah. Erna sendiri di awal pembabitan dalam bisnes Shaklee, keahlian erna juga secara percuma. Jika nak bayar yuran keahlian, serendah RM65 sahaja. Tiada yuran terselindung dan tidak perlu pembayaran tahunan. Cukuplah menjadi pengguna produk Shaklee dan anda layak untuk terus menikmati pelbagai keistimewaan sebagai seorang ahli Shaklee.

    8.Menjadi sebahagian daripada Komuniti bisnes Shaklee yang sangat best ini, anda juga sebagai seorang surirumah layak untuk membuat pembelian kereta mahupun rumah hanya dengan menggunakan penyata pembayaran komisyen / bonus bulanan. Laku digunakan untuk berurusan dengan pihak bank. Seronok kan seorang surirumah, suri bisnes yang hanya bekerja dari rumah sambil memberi khidmat kepada keluarga mampu memiliki kereta dan rumah idaman sendiri. MasyaAllah.

    9.Walaupun anda seorang surirumah jangan pernah rasa takut untuk join Komuniti bisnes Shaklee yang sangat best ini. Sebab group kami mempunyai support sistem yang sangat kukuh dan kuat. Antara support system yang terbaru Kami terima daripada upline Master kami adalah Projek Blog Mega Shaklee 1.0 dan 2.0. Melalui program ini kami dijaga rapi dan mendapat perhatian sepenuhnya daripada upline Master. Walaupun anda tidak kenal sesiapa diantara kami, tetapi percayalah anda tidak akan pernah bersendirian. 

Apa yang Erna kongsikan disini hanyalah serba sedikit sebab Erna nak jemput anda join Komuniti bisnes Shaklee yang sangat best ini bersama erna. Insyaallah anda tidak akan menyesal. 

Jika anda berminat anda boleh hubungi erna. Erna menerima sesiapa sahaja. Tidak kira samaada anda seorang surirumah, pelajar, ataupun sedang bekerja dan berhasrat mencari pendapatan sampingan bersama Komuniti Bisnes Shaklee.

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleePuchong 

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment