Review Peserta Projek Blog Mega Shaklee 2.0

Awal Februari 2023 erna ada join satu projek anjuran Upline Master merangkap mentor erna Master Kak Norita dan pengarah projek Master Kak Salwa. Nama projek ni, Projek Blog Mega Shaklee. 

Sebenarnya dah lama erna ada niat nak mula menulis blog semula selepas lebih 2 tahun erna tinggalkan dunia bloging. Rindu nak menulis. Tiba-tiba Master Norita a.k.a kak n mentor business Shaklee Erna umumkan pasal Projek Blog Mega Shaklee Euphoria. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Semangat betullah bila ada projek ni. Mungkin in turning point takdir Allah untuk Erna mula menulis dengan serius macam dulu. Insya-Allah. 

PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 1.0

Alhamdulillah. Projek Blog Mega Shaklee 1.0 dah pun selesai. Projek berlangsung selama 2 minggu. Ya betul. 2 minggu sahaja. Sebab tu erna maklumkan pada team erna yang projek ni santai. Senang nak follow. As long as you ada keinginan nak maju, you akan sahut cabaran. Task pun mudah. 2 minggu, 2 entry. Simple. Erna ikhlas dan bersungguh ajak team erna semua join projek ni. 2 entry yang erna hasilkan sepanjang Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ialah, 


Hadiah yang disediakan pun bukan biasa-biasa ya. Semua hot item! Hadiah mahal-mahal. Total hadiah mencecah puluhan ribu ringgit ditaja oleh Master Kak n secara personal. Ya Allah semoga dikurniakan rezeki berlipat kali ganda untuk penaja Projek Blog Mega Shaklee 1.0 😘

25 pemenang Vivix
25 pemenang Collagen
25 pemenang Nutriferon

Apa yang best dan pemurahnya master kami, semua peserta yang join Projek Blog Mega Shaklee seramai 222 orang tetap akan menang pelbagai vitamin hadiah dari upline master kak n Norita Idris. Terima kasih kak n 😘😘😘 Tiada seorang pun yang terkecuali untuk dapat hadiah. Semua layak menang hadiah walaupun tidak tersenarai dalam penerima hadiah seperti diatas. 

Dan....... yang lebih teruja. Syukur Alhamdulillah dalam 222 orang peserta, Allah izin erna jadi salah seorang penenang dapat hadiah Collagen yang berharga RM298. 😭😘 

Untuk task akhir erna push diri erna siapkan secepat yang boleh. Tak ada pilihan. Esoknya pukul 9 pagi last boleh submit. Malam tu juga erna stay up siapkan task akhir. Bila anak-anak semua dah tidur. Barulah erna mula menulis blog. Lebih kurang 3.30pagi erna submit task akhir. Pukul3.45 tidur. 6.30pagi esoknya dah bangun macam biasa uruskan anak-anak sekolah. 

Allah Maha Baik. Rezeki erna menang Collagen Powder Shaklee. Rasa macam Allah faham apa dalam hati dan keinginan nak teruskan makan Collagen. Allah bagi free. Sedih terharu. Baik sangat Allah. 😭

Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Work under pressure. Haa gitu katanya. 😁 Mana tak pressure. Kami diberikan sparring partner untuk bekerjasama. Erna kena cepat2 siapkan task sebab selagi erna tak publish entry erna, partner erna tak boleh publish entry dia. Tapi pada Erna ini adalah pressure yang sihat. Mengajar kami para leader Shaklee tetap semangat terus bergerak walaupun dalam situasi dan keadaan tertekan. 

Memandangkan projek ini anjuran group besar Euphoria under Master Norita, jadi kami perlu bekerjasama dengan new partner. Sparring partner dari group lain yang tak pernah kenal pun sebelum ini. Melalui Projek Blog Mega Shaklee ini secara tidak langsung kami bekerja dengan partner yang baru.

Apa yang lebih bernilai pada Erna melalui Projek Blog Mega Shaklee ini banyak ilmu Seo yang  dipelajari. Kalau sebelum ini menulis suka-suka tanpa sebarang ilmu Seo. Tapi melalui projek ini bukan sahaja melalui teori pembelajaran tetapi kami boleh terus aplikasikan melalui task yang diberikan. Tu yang berharga sangat tu. 

PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 2.0

Teruja masing-masing bila Master Kak n maklumkan yang akan ada Projek Blog Mega Shaklee 2.0 pula. Erna pun jujurnya memang berharap sangat ada Projek Blog Mega 2.0 Sebabnya melalui projek macam ni kami yang dah lama tak menulis blog, blog dah bersawang, berlumba-lumba update blog bersungguh-sungguh. 

Personally pendapat erna, hadiah hanyalah sebagai tambahan sahaja. Tetapi value utama yang erna dapat bila Projek Blog Mega Shaklee 2.0 diakan adalah secara tidak langsung erna kembali bersemangat update blog. Dan erna seronok bergerak secara berkumpulan beramai-ramai macam sekarang ni.

Harapan Erna melalui projek ini, objektif utama kami semua yang join projek ini tercapai Wave Shaklee akan meledak luar biasa insya-allah.

Nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi Erna dan sudilah kiranya kenalkan kawan-kawan atau saudara yang mencari-cari produk Shaklee dengan Erna. Ingat Shaklee, Ingat Erna. 😊

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleePuchong 

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment