Kesihatan kurang ok T__T

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Apa khabar sahabat semua? erna mendoakan kesihatan anda semua baik-baik sahaja.. Alhamdulillah, ramadhan yang erna lalui setakat ini sungguh mendamaikan. Alhamdulillah..setakat ni,erna masih berpuasa penuh. non ada cuti ^__^


Tapi,sejak akhir-akhir ni, kesihatan erna tak berapa mengizinkan. erna pun tak tahulah kenapa. mungkin erna kurang minum air masak waktu berbuka dan mungkin juga sebab erna tido tak tetap masa. Bila malam, erna berjaga.. lewat tido.. pagi lepas suami soleh pergi keje, erna kemas-kemas..erna akan tido sampai zohor. mungkin sebab tu erna rasa kurang sihat..


Semoga kesihatan erna,baik-baik sahaja.. AMIN.


Alhamdulillah..suami soleh sentiasa bertolak ansur dengan erna. Alhamdulillah.. sejak erna tak berapa sihat ni, suami soleh bawak erna makan kat luar. erna abdikan gambar-gambar sepanjang kami berbuka puasa bersama..
tapi,yang erna kesalkan dan marah diri sendiri..sebelum makan,erna akan teringin makan itu dan ini, tapi,bila makanan depan mata..erna jamah sikit je. erna akan cepat kenyang dan tak ada selera makan.. 


# ni gambar kami moreh kat pizza hut. lepas terawih,erna ajak suami soleh makan luar. sebab berbuka tak selera makan.. huhuhuhu



Tunggu makanan sampai ^___^


Sedap nyer suami soleh saye ni minum...



 Erna pun minum air yang sama. alhamdulillah..sedap ^__^




 Ini menu suami soleh.. Seafood Lasagna & Spin Roll Masalla




Inilah menu yang erna teringin..sangat nak makan. Cheese baked meatballs..ni massalla ^__^


"Ya Allah..kurniakan hamba Mu ini kesihatan yang baik. semoga hamba Mu ini dapat melalui Ramadhan kali ini dengan baik dan sempurna. Ya Allah, jadikan juga, hamba Mu ini seorang hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat Mu... AMIN"

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment