Nuzul Quran

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Alhamdulillah...harini Ramadhan ke-17. Mereka-mereka yang bekerja di kawasan selangor,seronok la sebab dapat cuti dan boleh pegi shopping kat kawasan KL. apapun, sedarkah kita..mengapa di beri cuti pada hari istimewa itu? Erna ada sedikit perkongsian dengan sahabat semua.. apa itu Nuzul Quran. Jom baca....



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.


Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

sumber rujukan daripada wikipedia

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment