Rezeki Dari Allah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Entry ni dimulakan dengan kisah kerjaya erna di tempat kerja sekarang ni. Erna mula kerja ditempat kerja sekarang ni bulan september tahun lepas. Alhamdulillah syukur..tamat study bulan jun dan september erna dah ada kerja. Mengikut jawatan yang di sandang dalam surat perlantikan kerja, erna bertanggungjawab untuk uruskan segala perihal kerja yang berkaitan IT. Walaupun 1st degree erna Communication Engineering, tapi bila dapat kerja berkaitan IT..erna sahut cabaran dan cuba juga. Lepas sebulan dua bekerja, erna masih tak dapat kerja tetap dan setiap hari buat kerja berkaitan documentation. Memang lari jauh dari job description asal yang sepatutnya. Tapi, bak kata lecturer time belajar dulu..kalau nak jadi engineer berjaya..kena la jadi seorang yang flexible. Redah dan redha je hari-hari keluar pagi dan pulang petang. Hujung bulan dapat gaji. Menguruskan bisnes online OhShawl erna pada waktu malam. Itulah rutin sepanjang mula bekerja lebih kurang 5bulan lalu.

Minggu lepas erna tak bekerja 3hari sebab demam dan tak sihat. Isnin baru ni, datang kerja pagi-pagi terus HR panggil masuk bilik meeting dan HR bagitau yang erna akan ditamatkan perkhidmatan hingga hujung bulan ni. Lebih mudah nak faham..erna diberhentikan kerja. Huh..tah tak tau nak cakap apa perasaan time tu. Sedih? tak pun..Happy? tak jugak..tak tau apa yang erna rasa time tu. Tapi, bila erna bagitau pada suami yang erna diberhentikan kerja..terus erna rasa sayu. Erna bagitau suami, tak sempat nak kumpul duit beli kereta besar untuk iman, dah kena berhenti kerja. Alasan syarikat berhentikan erna kerja, company banyak hutang dan hanya nak kekalkan pekerja lama. Lagipun, erna tak berapa ada tugas yang khusus di syarikat ini. Selama ni pun, tak banyak buat kerja berkaitan IT. Banyak bantu rakan lain buat documentation untuk claim bayaran. Selain tu, HR ni jugak cakap erna tak produktif. huhuhu. Sebabnya ada cuti suami sakit dan minggu lepasnya cuti panjang erna demam. Sadis kan? tapi tak mengapalah..rezeki ada dimana-mana. Sebelum ni pun, ada rakan sekerja yang selalu suruh erna carik kerja lain sebab tak ada masa depan yang cerah ditempat kerja sekarang ni. Gaji, ok..alhamdulillah. Cuma, kalau nak maju dalam kerjaya, ofis sekarang bukan tempat yang sesuai.

Ok. Tak nak dah bercerita soal kerja. Kesimpulannya, hujung bulan ni last bekerja di company sekarang  dan bermula awal bulan depan, duduk rumah setiap hari dengan iman. Sambil-sambil usaha mencari peluang pekerjaan untuk masa depan yang lebih cerah. Semoga dipermudahkan jalan dan peroleh kerja yang bersesuaian dengan mendapat gaji yang beesssaaaarrr. Aaminn..Wah..gaji nak besar je. hehehe. Hujung bulan november tahun lalu, erna saja-saja mencuba nasib dan yakin berlandaskan rezeki dari Allah beserta azam serta minat yang tinggi, erna isi application form untuk sambung pengajian ke peringkat master. Tarikh tutup hari jumaat 30hb. Isnin tu erna mintak tolong ayah belikan no pin di BSN. Erna isi form dalam keadaan kelam kabut. Yela..kena dapatkan tanda tangan bos dan seorang pensyarah. Mujur Puan.Aznor sanggup tolong erna isi form sebagai sokongan dan siap pos ke alamat erna. Lebih kurang dua bulan tunggu jawapan dari pihat UiTM dan akhirnya hari rabu baru-baru ni, erna dapat sms dari UiTM. Keputusannnya........

Surat Tawaran Pengajian ke Peringkat Sarjana

Alhamdulillah...Syukur. Isnin, dapat berita kena berhenti kerja. Rabu, Allah hantar perkhabaran gembira erna diterima untuk lanjutkan pengajian. Gembira sangat-sangat sebab impian erna untuk sambung pengajian ke peringkat sarjana a.k.a Master di makbulkan Allah. Pendaftaran pada 9 Februari 2013. InsyaAllah kelas bermula bulan March nanti. Erna sambung belajar secara part time. Bermakna, erna tetap akan cari kerja yang berkaitan dengan bidang pengajian erna. Syukur juga..sebab kos yang ditawarkan memang dalam bidang yang erna minat. InsyaAllah..tamat pengajian dalam tempoh 2 1/2 tahun. Kalau dulu iman anak degree ummi, tak pastilah kalau-kalau akan ada adik iman, anak master ummi. hehehe..Jauh pulak target tu. target kena la jauh kan? hehehe..Apapun, syukur sangat. Suami support dan berulang kali minta agar jangan abaikan dia dan jangan abaikan iman. Jangan risau suami ku..sehabis baik erna akan berusaha untuk bahagikan masa yang ada sebaik-baiknya.

Sebab tu erna tak nak bersedih bila diberhentikan kerja. Yakin pada aturan Allah. Isnin diberhentikan kerja, rabu dapt tawaran lanjutkan pengajian. Allah sebaik-baik perancang. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang baik untuk hamba Nya. Yakin bahawa rezeki ada di mana-mana. Yakin bahawa Allah pemberi rezeki dan nikmat kepada kita semua. Bila hidup yakin bertuhan, kita akan rasa syukur. Sentiasa rasa syukur. Hari ini, Allah takdirkan ini untuk kita dan keluarga kita. Akan datang, rencana Allah pasti lagi cantik. Apa yang penting, jangan lupa pada pencipta. Sentiasa ucap alhamdulillah atas nikmat dan kurniaan Nya. Alhamdulillah untuk rezeki serta takdir hari ini. Suami ku..zuriat ku..keluarga ku..itu semua hadiah tanda kasih sayang Allah. Alhamdulillah..

Share this:

, ,

CONVERSATION

6 comments:

  1. Hana setuju dengan erna. Aturan Allah S.W.T. itu adalah yang terbaik. Ada sebab kenapa erna diberhentikan, then dapat sambung master lagi. Mana tau future dh ada master dpt keje lg bagus kan. Semoga segalanya dipermudahkan ye Erna.

    ReplyDelete
  2. Tahniah erna..i'm happy for u dear...welcome back to study :))

    ReplyDelete
  3. Tahniah sis..semoga maju jay ye..

    ReplyDelete
  4. congrats fren..hihihi..rezeki Allah sapa nak sangka kan..

    ReplyDelete
  5. congratez Erna..suami kite pon akan smbg master part time start mac ni..tarikh daftar sama dengan Erna.. :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak erna! Good Luck utk master...

    ReplyDelete