Tony Roma's Sunway Pyramid

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Rindu betul nak update blog. Tapi hujung minggu balik rumah mertua so tak ber'update la blog ni. Cerita hujung minggu di rumah mertua best! Sebabnya SIL ajak kami semua ke Sunway Pyramid. Dia nak belanja makan western food di Tony Roma's. Seronok! Siapa tak seronok orang nak belanja makan. Bila orang ajak dan pelawa nak belanja, laju je kami semua ikut. hehehe. Lagipun selalu erna baca review blogger lain makan di restoran ini. Teringin juga nak merasa betapa best nyer makan di Tony Roma's. Bak kata suami.."ummi suka la tu. tekak omputih..babah sedap makan gulai kampung lauk campur.." huhu. Memang karektor erna dan suami berbeza. Erna suka makan western food. Suami pula prefer makan masakan kampung. Iman? Tak tau lagi. Sebab iman makan homemade baby food yang lazat =)

Buku menu memang besar dan act tak faham sangat pun nak order apa. Just terlintas dari rumah yang erna nak makan beef. Tak nak ayam. Jemu. So, erna terus order mana yang terlintas di mata erna. Alhamdulillah sedap. Tapi lagi sedap yummy menu my kak long dyla punya menu. Kak long makan kambing. Tapi sangat sedap! Malu nak mintak rasa banyak-banyak. Tapi last-last kak long kenyang erna la tolong abiskan. hehehe. Semua order menu lain-lain. So,kami pakat merasa sorang sikit menu yang berbeza. Lepas order je..terus ada pelayan anta roti. Eh, siapa pula order roti..sebenarnya mereka bagi free roti ni sementara kami tunggu main course kami sampai. Boleh tahan roti panas sapu butter sedap. Orang belanja semuanya pun sedap.

Iman, erna dah prepare solid food dia siap-siap dari rumah. Makan bubur sup ikan merah + jagung. Kesian la kalau kami semua makan dia tengok je. Erna still control makan iman walaupun tak terlalu ketat macam dulu. Sebelum iman umur setahun memang sangat serius erna jaga pemakanan iman. Sebab iman still on check up perkembangan dengan doktor pakar kanak-kanak. Kesihatan iman menjadi keutamaan buat kami suami isteri. InsyaAllah..bila iman dah lepas tahap yang sesuai, kami nak bawak iman makan semua makanan dewasa yang kami makan. Tunggu masa yang sesuai dengan izin Allah. Iman jangan risau ye sayang..semuanya untuk kebaikan iman dan ummi tahu yang iman sangat enjoy dengan setiap solid food yang ummi sediakan. Iman sangat baik =)

Ok, total bil yang di keluarkan oleh cashier restoran ini amat memeranjatkan erna. Sebab tak pernah lagi makan..total sebanyak ini. Semoga Cik Dyla a.k.a my SIL di kurniakan rezeki melimpah ruah. RM470++ servis tax sahaja mencecah RM40. Kami makan 6orang. Berbaloi? Sedap..memang sedap! Berbaloi jika setahun sekali makan =P InsyaAllah ada rezeki dan peluang erna nak pula belanja mereka makan di sini. Takpun nak bawa ibuayah la pulak =)

Land mark ke Tony Roma's Sunway Pyramid- 
Betul-betul kat centre court tempat orang meluncur ais

Pintu masuk Tony Roman

Beef Rib - Eleen SIL punya menu

Lamb Ribs - Cik Dyla SIL punya menu. Erna sukaaaa sangat yang ini!

Ribs Eye - Ini ummi erna punya menu

 Bekalan untuk iman. Nanti iman besar ummi bawak iman makan Tony Romas ok!
Sekarang..makanan dalam thermos ini makanan sedap dan special untuk iman sayang =)

 Familia

Cik Yeen, Iman, Ummi

 Love this picture!

 Iman - "Ummi, iman nak minum air.."

My lovely sweetie hots MIL.


JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,



Share this:

, ,

CONVERSATION

5 comments:

  1. tony roma's aaaaaa. my fav place to eat steak or ribs yummm

    ReplyDelete
  2. aaaa..lamb ribs tu memang terbaik..da suh ko try tu takmo degil..hahaha

    ReplyDelete
  3. zedaaapppp...!!!

    aik? muke iman dgn MIL erna mcm same :)

    ReplyDelete