Bersihkan Blog Bersawang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Uhuk..uhuk..bersawang blog ni. Kesian blog ummierna terbiar lama tak berupdate. Walaupun lama erna tak update blog, tapi menjadi kewajiban kepada erna untuk datang bertandang ke blog ini setiap hari untuk melihat statistik kehadiran pengunjung blog ini. Wah..macam ramai sangat je pembaca blog erna ni kan sampai setiap hari erna nak check check statistik. Apapun syukur alhamdulillah..sepanjang tempoh erna tak update blog, ada sahaja email dan sms serta whatApps yang erna terima daripada pembaca blog ummierna. Rata-rata yang pm erna nak bertanyakan mengenai produk Shaklee dan ada juga yang cakap mengikuti perkembangan iman sejak dalam perut. Wah...terharu! 

Mujur erna ni tak tamak nak ada 3 4 5 blog. Eh, ada ke orang ada blog banyak-banyak macam tu? Kalau ada, mereka mampu menguruskan semuanya..tak menjadi kesalahan kan? Erna yang ada 2 blog ni pun seakan tak ter'update. 1, blog ummierna ni di tubuhkan pada asalnya untuk berkongsi kisah hidup agar menjadi kenangan di kemudian hari. Bila erna buat keputusan untuk serius dalam bisnes yang erna buat sekarang, bagi mengelakkan blog ini terbengkalai..erna teruskan je berkongsi dalam blog ini. Lagipun motip penubuhan blog ini masih di teruskan. 2, blogshop OhShawl yang erna tubuhkan lama..sejak sem 1 tahun 1 pengajian di universiti dulu. Di situ, jarang sangat update. Tapi, statistik serta permintaan barangan lain yang erna jual, tetap ada. Rezeki sungguh. Alhamdulillah...

Terlalu banyak nak update. Macam-macam nak cerita. Kisah raya yang serba sederhana sebab suami bekerja di hari raya pertama. Kisah anak bijak bernama Iman Zikir yang setiap hari ada sahaja perkara baru yang membuatkan hati ummi ni berbunga riang. Kisah kerjaya erna sebagai WAHM, yang semakin hari semakin buat erna jatuh cinta dengan kerjaya ini. Kisah pengajian Master erna di UiTM yang bakal masuk semester baru. Macam-macam kisah!

Mungkinkah semua yang erna listkan di perenggan atas akan masukkan dalam list hutang entry a.k.a entry tertunggak yang bakal di bayar? Owh..tengoklah nanti macam mana. Tah sempat atau tidak. Hari-hari penuh dengan kebizian nak urusakan perniagaan erna yang makin berkembang mekar dengan izin Allah. Bak kata kak jan, anak kandung, anak shaklee, cucu, cicit semua perlu di jaga sebaiknya. Bukanlah lepas bersalin, biar anak terkontang kanting tidak ada arah tujuan hidup. Seronok sangat dengan kehidupan harini. Bertambah-tambah kenalan. Bertambah-tambah pengalaman. Bertambah-tambah pengajaran. Bertambah-tambah rasa syukur atas segala sesuatu yang telah di takdirkan tuhan ku Allah.

Iman, anak bijak erna tu..lain pula kisahnya. Itu tetap menjadi keutamaan tertinggi dalam setiap perkara yang erna buat. Termasuklah dalam perniagaan erna ni. Iman di tempat teratas. Pendidikan formal dan tidak formal untuk iman adalah sangat penting buat kami suami isteri. Niat asal duduk rumah perlu di utamakan. Mendidik iman dari dekat dan 8jam bekerja seperti wanita berkerjaya yang lain..erna cuba berikan sebaiknya pada iman. Walaupun bukan 8jam sehari erna luang masa 100% dengan iman. Bila di timbang kira semula..lebih dari 4jam sebenarnya masa yang di sediakan khas untuk iman. Maksud erna di sini, full attention a.k.a sepenuh perhatian kepada iman. Semoga dari masa ke semasa erna dapat perbaiki kualiti masa bersama iman. Amin

Iman masih lagi bayi susu ummi. Syukur Ya Allah..rezeki buat anak bijak ummi. 

"neeenen. neeeenen" comel je suara iman ^____^

Iman Zikir buah hati ummi

Kidzoona - babah je satu-satunya dewasa yang duduk dalam kawasan tractor ni. 
Babah orang lain semua cool duduk luar kawasan. Babah kan selalu excited apa saja tentang iman =) 

Anak ummi!

Ummi dan Iman

ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Jika anda berdekatan dengan Shaklee HQ di Empire Tower atau lain-lain branch, boleh gunakan ID erna 908806 untuk membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli. Jimat sangat!

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment