Pengalaman Bersalin Kali Kedua

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

**amaran entry ini mencecah ke lantai. terima kasih sudi baca berkongsi pengalaman yang ada.

Harini genap 7 hari

Menaip entry kalini dengan status baru. Cewahh...status barulah sangat kan. Excited sebenarnya nak menaip entry kalini. Menunggu masa yang sesuai nak update dan insyaAllah erna cuba habiskan entry ini sekali shoot. Apa khabar kawan-kawan semua? Apa khabar pengunjung blog ummi erna? Sihat? Masih berpuasa penuh? Terima kasih sebab sudi singgah klik dan baca blog ummi erna.

Alhamdulillah..rasanya ramai yang dah tahu erna telah pun selamat melahirkan Buah Cinta Kedua erna dan suami. Jadi, entry ini erna nak share sikit pengalaman erna melahirkan anak kedua kami. Entry ini juga erna memang dah plan dari awal nak tulis sebab nak abadikan segala memori yang ada supaya untuk kelahiran anak akan akan akan akan datang erna tak lupa pengalaman yang ini. (Banyak pulak akan akan akan akan datang tu kan? heeee sakit ni pun terasa lagi dah ada hati 'anak akan datang' hikhikhik)

 9 Julai 2014

Sepanjang semalam 8 Julai 2014, erna sakit dicelahan kangkang. Sakit yang tak dapat nak gambar dengan kata. Memang erna jalan sangat perlahan dan kengkang erna jalan. Kerap kali jugak erna pergi toilet check kot-kot ada darah ke..lendir ke..tapi tak ada. Apa-apa tanda pun tak ada. Tapi dalam masa yang sama, erna tetap juga dengan aktiviti packing, pos barang, cod barang dan ada macam biasa tetap consult customer. 

11.25am

Erna ada Whatsapp suami. Erna bagitau suami yang erna sakit-sakit perut. Tapi tak pastilah sakit nak bersalin ke apa. Ikutkan semalam memang erna sakit melampau kat pinggang dan celah kangkang. Suami cakap, suami get ready dan tak sabar nak tunggu kalahiran babyT. Erna ni malas nak mengharap sebab setiap hari pun rasa macam nak bersalin. Tapi tak jugak babyT keluar.

Masa ni erna dah mula guna application untuk kira kekerapan contraction yang erna install di hp. Kejap-kejap set. Kejap-kejap ulang semula. Yelah..kadang tu sakit datang tiba-tiba dan erna tengah sibuk buat kerja lain. Jadi, tak dapat nak rekod dengan betul.

1.30pm

Erna masih consult anak shaklee dan rakan bisnes seperti biasa. Terima order macam biasa. Set temujanji cod macam biasa. Sakit pun datang-datang macam tadi tetapi kekerapan tu makin kerap.

2.30pm

Sakit datang sebenarnya setiap 30minit dipermulaan. Kemudian dalam 10minit ke 5minit sekali. Apa-apa tanda pun tak ada lagi. Masih lagi menunggu tanda. Erna kejap-kejap ke tandas check kalau ada apa-apa petanda. Tapi masih tak ada apa.

Sempat lagi erna google tanda-tanda nak bersalin. Cara pernafasan yang betul bila contraction datang menyerang. Sempat juga layan youtube senaman bersama gym ball. Ada yang sempat apply ada yang sekadar baca-baca je.

5.30pm 

Suami cakap kalau dah tak tahan, boleh ke hospital terus. Erna masih lagi bertahan sebab nak tunggu sakit yang betul-betul sakit. Erna tak nak buang masa lama-lama dihospital. Erna cakap pada suami, pergi hopsital lepas waktu buka. Suami cakap, ok. Lepas berbuka kami akan ke hospital. 

8.00pm

Suami ajak ke hospital lepas berbuka tadi. tapi,erna rasa masih mampu bertahan. Lagipun sebelum waktu berbuka tadi, erna ada minta tolong ibu sediakan air suam untuk erna mandi. Memang menjadi. Melayan contraction yang makin kerap datang, kemudian kita mandi air suam. Memang rasa nyaman je..

9.30pm

Sakit semakin kerap. Tapi masih tak menunjukkan apa-apa tanda. Cuma ada lendir-lendir macam hingus. Tak ada pula air ketuban atau darah bersama lendir. Macam iman dulu, ada darah bercampur lendir. Masa ni, sempat lagi susu kan iman. Ada juga sakit menyerang ketika iman tengah menyusu. Erna just follow latihan pernafasan yang erna buat tadi. Rasa sakit juga bila menyusukan iman dalam masa sama menahan contraction.

10pm-11.15pm

Selepas menyusukan iman tadi, terus kami berdua sama-sama tertidur. Dalam tidur juga contraction menyerang. Bila contraction menyerang, erna tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan guna mulut. Tapi, kira berbaloi juga dapat tidur sekejap walaupun dalam masa lebih kurang 1jam.

10 Julai 2014
1.00am

Erna minta ibu buatkan telur separuh masak. Tapi, adik yang buatkan. Ter'over cook pula. Maka jadilah ala-ala telur mata kerbau dan erna makan dengan kicap. Kalini memang erna nekad nak ke hospital. Sebab sakit tak tertahan dah. Minum ESP dari rumah. Memang erna dah bersedia nak tau berapa cm bukaan untuk babyT keluar.

Dari awal sebelum tiba masa nak melahirkan babyT memang erna sebak bila fikir nak tinggalkan iman. Erna fikir macam mana la iman nanti nak ummi ke nak nenen ke. Semua tak ada.  Erna tak pernah tinggalkan iman malam-malam. Macam-macam erna fikir. Tapi nak tak nak memang kena tinggalkan iman. Mana boleh bawak iman masuk labour room. Masa erna nak pergi hospital, iman tidur dalam buai rumah ibu. Erna nangis masa nak pergi tu. Ibu cakap jangan risau nanti ibu bagi iman minum Meal Shake, Milo atau apa sahaja yang iman nak. Sebelum pergi hospital, tengok iman dalam buai, Erna cium dan bagitau iman.."nanti ummi balik bawak babyT..jangan nakal kat rumah ibu. dengar cakap ibu dan wa. dengar cakap atok..ummi sayang iman sangat..sampai bila-bila pun sayang iman.."

1.44am 

Suami bawa turun beg-beg yang erna bawak naik untuk last check keperluan. Sebelum ke hospital erna sempat ajak suami singgah uptown puchong ni beli air zam zam dan pad. Erna memang suka pakai pad avail. Tak pakai pad jenama lain. Tak selesa sebab pad lain tebal. So, suami beli 2 botol air zam zam dan beli pad erna. On da way ke hospital sakit memang kerap-kerap datang. Bila sakit datang, erna tarik nafas guna hidung dalam-dalam dan hembus nafas panjang guna mulut secara perlahan..

2.00am

Suami hantar erna kat emergency. suami parking kereta. terus erna naik wheelchair. Dari emergency nak ke labour room agak jauh la kalau kena berjalan. Nurse tanya pesakit doktor mana? bila erna bagitahu doktor raja, nurse dikaunter kecemasan tu senyum. Dia cakap, doktor raja baru je balik kul12 tadi menyambut baby. memang harini full jadual doktor raja. nurse tanya ada keluar apa-apa tanda ke? erna cakap tak ada. nurse tanya anak ke berapa? erna cakap anak kedua. nurse tanya berapa week dah hamil? erna cakap 39w 5d. nurse terus tolak masuk labour room.

Sampai labour room terus naik atas katil. sebelum naik katil, erna pergi toilet dulu sebab rasa nak kencing dan bila dah pasang alat ctg kat perut nanti, malas dah nak turun katil. Nurse baik sangat. Tolong adjust katil, adjust keselesaan erna. suami ada je di sisi. beza rasa kalini suami ada bersama dalam labour room. sebab masa iman dulu tak sempat. Mai dan Munir yg teman sepanjang hari di lanour room.

Nurse seluk untuk check bukaan pintu rahim a.k.a check jalan dah 4cm. Rasa macam....wah 4cm. aku ingat dah 6cm sakit menahan kat rumah seharian rasanya. rupanya aku mampu bertaham 4cm je kat rumah. apapun memang pencapaian yang membanggakan untuk diri sendiri. 4cm baru ke hospital. sebab erna ni jenis cepat cuak juga bab bab anak dalam perut.

3.00am 

Masa-masa kronik memang sangat terasa. Sakit datang non stop. Tapi, kekuatan erna hanyalah zikir. zikir dan zikir. cuba kawal emosi dan pemikiran. cuba positif dan suami juga ajar erna sama-sama zikir. suami banyak kali cakap Allah..Allah..untuk tenangkan erna yang sedang menahan sakit. Suami ajak sembang-sembang macam biasa juga. Erna pun sama sembang macam biasa. Bila contraction menyerang, erna akan angkat tangan menandakan stop..dan sebagai isyarat bagitahu contraction menyerang.

Dari rumah suami ada tanya..apa rasa contraction. Erna explain pada suami..contration datang bila babyT menolak untuk turun ke bawah. Tu yang erna rasa sakit dan bila babyT penat menolak kebawah..dia akan stop. masa tu erna rasa relax. tapi, rasa contraction tu akan datang lagi..lagi..lagi..tanda babyT pun sama usaha nak keluar jumpa ummi babah. s

3.10am

Nurse suruh kami tidur dan rehat2. Nurse cakap..secara teori 1cm 1jam untuk jalan terbuka. Jadi ikut kiraan kami suami isteri baby akan keluar dalam + - pukul9 pg. erna minta balik rumah nurse cakap tak perlu balik rumah sebab dah 4cm. Tapi nurse tak panggil doktor Raja datang lagi sebab baru 4cm. Erna pun fikir tak apalah tak panggil doktor lagi. BIar doktor tidur dengan tenang dirumah dan esok pagi doktor masuk klinik pagi boleh sambut babyT.

Suami minta izin nak keluar untuk cari makanan sahur dia. Erna kesian kat suami. Jadi, erna pun ok je..biarlah suami keluar cari makan sahur dulu. Suami minta masa dalam 1jam sahaja. Erna ok kan je. Sebab tak layan dah apa-apa melayankan melayan sakit contraction yang makin rancak.

3.55am

Atas kepala erna side kanan ada jam. Kejap-kejap erna tengok jam. kejap-kejap tengok jam dinding. jam hp. sebab rasa sakit kerap sangat. erna cuba positif dan lelap mata. lelap memang boleh lelap. tapi bila contraction datang...erna pegang besi katil kuat-kuat sambil kawal pernafasan.

4.50am

Suami masih tak datang lagi. Manalah suami ni..cakap sejam je. Rasa macam dah lama sangat suami tinggalkan erna sorang. Erna masih lagi menahan sakit. Erna cuba praktikkan setiap tips yang erna baca. Baring mengiring ke kiri. kaki kiri luruskan. kaki kanan bengkok dan bila contraction datang menyerang, erna cuba tolak montot kanan ke atas sambil mengawal pernafasan. Bila sakit makin kerap, erna mula tukar teknik pernafasan yang lebih laju. Alhamdulillah..memang teknik pernafasan ni membantu sebenarnya. Erna tak mengiring ke kanan langsung dan memang mengiring kiri. sekali je erna baring tegak muka meghadap ke ciling labour room. itu pun kejap je. bila contraction datang, erna lebih selesa mengiring dalam posisi yang erna terangkan tu. 

5.30am

Suami baru sampai. Erna cakap kat suami..kenapa lama sangat. Tak tahan erna menahan sakit. Erna tak banyak pegang tangan suami dalam labour room. lebih selesa pegang katil sambil kaki menolak bahagian bawah katil. untuk menahan contraction. Ada masanya..sampai rasa nak terberak sangat-sangat dan betul-betul rasa nak meneran. tapi erna betul-betul usaha kawal pernafasa. Sikit pun air mata tak keluar menahan sakit. Tapi, tertewas juga air mata keluar bila mana rasa tak tahan sangat sakit dan entah macam mana..kawalan pemikiran erna melayang dan terfikirkan iman di rumah. Masa tu erna terus cakap dengan babyT. " kita sama-sama usaha nak jumpa. ummi tahan. ummi kuat. baby pun kuat. abang iman tunggu kita.." entah sebak semacam. rasa memang sedih masa tu. sebab tak snagka masa contraction datang kuat..erna boleh terfikirkan iman. sangat kuat ingatan pada iman. pastinya sakit contraction iman dan babyT tak sama.

erna bagitahu pada suami..tolong panggil nurse. Suami ada offer 2x 3x untuk erna ambil ubat tahan sakit atau apa-apa ubat yang boleh kurangkan kesakitan contraction. tapi erna tak nak. erna betul-betul usaha nak bersalin secara normal dengan kekuatan kudrat yang Allah beri. suami panggil nurse sebab erna nak check berapa dah bukaan jalan baby keluar.

Nurse masuk dan bukak lampu..nurse tanya sakit sangat ke? erna cakap ye. sangat sakit dan kerap. rasa suara erna pun tak keluar sangat. banyak angguk dan geleng je untuk menjawab sebarang soalan. Nurse cakap..bila sakit datang, tarik nafas..hembus perlahan..nurse check jalan, nurse cakap dah 8cm. Haaaaa 8cm? cepat betul. Dalam masa 3jam daripada 4cm boleh jadi 8cm. Erna semakin semangat nak menahan sakit sebab dah tak lama dah nak jumpa babyT. 

Suami masa ni masuk toilet dan muntah-muntah. boleh dengar kuat suami muntah. dalam labour room ni juga ada toilet. erna tahu yang suami berdebar. suami erna, bila berdebar dia akan muntah. Lawaknya keluar dari bilik air..terus suami cakap pada nurse, saya gastrik. haha lawak juga masa tu. macam lah isteri ni tak tahu yang awak tu tengah nerves sebenarnya. bukan gastrik. 

Bila nurse lagi sorang masuk, check jalan dan cakap..ok dah 9cm ni. Terus mereka call doktor Raja cepat-cepat. Nurse pesan jangan meneran. Jangan meneran. Contraction datang, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. tak boleh meneran sebab nanti boleh pecah bahagian bawah dan boleh bengkak juga kepala baby. Lagi satu sebab air ketuban masih tak pecah lagi. Tapi suami cakap masa tu darah memang dah banyak keluar walaupun tiada air ketuban.

6.00am (ini anggaran masa je sebab tak tengok jam dah masa ni)

Doktor raja sampai. Doktor muka mengantuk sangat. kesian doktor. tapi tetap senyum dan.."yang, sakit sangat? kita check baby ye.." doktor seluk dan doktor cakap.."ok, once contraction datang, u boleh push. baby dah nak jumpa u.." owh ye..masa doktor seluk dan dapat check bukaan jalan..doktor pecahkan air ketuban juga. suka betul suami ulang cerita masa doktor pecah ketuban. suami cakap..sekali doktor masuk jari terus memancut air keluar.

Datang je contraction masa tu, terus erna push. push sekuat hati dan kali pertama push tak rasa apa lagi. Contraction kali kedua..erna push erna boleh rasa ada ketulan besar keluar. dengar suami cakap.."nampak lah kepala adik keluar..nampak dah..boleh ma..boleh..lagi.." semangat rasanya bila suami ckp mcm tu. Erna push lagi sekuat hati sambil dengar suara doktor cakap.."sikit lagi..pandainya teran..lagi..berak lagi berak lagi.." hehe..doktor suruh berakkan babyT lah tu maksudnya. Suami cakap..doktor tak pegang apapun kat badan erna. nurse pun tak pegang erna. suami tak pegang. tangan erna dua dua pegang handle tepi katil sambil meneran. suami cakap muka erna tak ada darah. pucat lesi. putih kekuningan. 

Erna memang tak fikir apa..hanya fikir nak keluarkan babyT dengan selamat. curi nafas sikit dan terus meneran. zasss...macam sesuatu meluncur dan dengar suara baby nangis. Ya Allah.......dah ada anak lagi. Dah jadi ummi anak dua. Allah izin erna lahirkan kedua-dua anak secara normal. suami pun happy sangat masa tu. cium erna dekat2. doktor terus cakap.."skin to skin baby.." letak babyT atas dada erna. nurse selakkan baju di bahagian dada. Bau syurga...fresh..rambut babyT sangat lebat. Ya Allah tak tergambar perasaan masa ni. sebab masa iman tak sempat skin to skin. lahir iman terus dia diambil sebab iman ada masalah pernafasan kan. BabyT ni..senyap peluk erna. kejap tu dia nangis dan erna ulang kali sebut alhamdulillah....tak tergambar perasaan. masa ni sempat lagi erna cakap.."iman, adik dah ada ni..adik dah keluar.." alahai masa tu rasa menitik air mata. ingat sangat kat iman yang ada kat rumah. 

doktor cucuk bius terasa juga untuk proses jahit menjahit. Kena juga jahit doktor cakap sebab babyT besar. Iman dulu lahir 2.85kg je. babyT sihat...3.42kg. sihat kan? tu pasal ummi kuat makan masa hamil. bukan salah ummi. hehehe...

terus menyusukan babyT dalam labour room dan babyT sangat teror hisap nenen. alhamdulillah...susu memang ada nurse picit nipple pun nurse cakap..ok, susu ada.

Eh....panjangnya. Terima kasih semua yang baca sampai ending. Tak sangka panjang macam ni cerita erna. ini 2x sambung menulis. tp start dari kul2am punya memori tu erna all out sekali jalan. Alhamdulillah...syukur untuk pengalaman kedua ni.

Besar pengorbanan seorang ibu. Kasihnya ibu dan ayah membawa ke syurga. 



ESP + Performance Drink adalah selusuh moden bak kata kak fa. Memang bertenaga. Selain makan telur separuh masak dan juga kurma serta air zam zam sebelum ke hospital.

  Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment