Review Set Berpantang Shaklee

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Alhamdulillah...harini genap 30hari usia Taqwa Ammara kesayangan ummi. Pengalaman melahirkan Taqwa sama sekali tak mungkin erna lupa. Sepanjang 30hari berpantang untuk kali kedua ni, erna berpantang dengan bertemankan Set Berpantang Shaklee. Memandangkan ini adalah kali pertama erna berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, jadi..ini adalah pengalaman pertama untuk erna merasai sendiri keistimewaan Set Berpantang Moden.

Entry kalini erna ingin berkongsi dengan semua pembaca blog ummierna pengalaman / Review erna berpantang dengan Set Berpantang Shaklee


Ketika berpantang anak sulung, Iman Zikir, erna berpantang dengan Set Berpantang Leesa Formula. Secara keseluruhan, hanya conture gel Leesa Formula sahaja yang erna guna sampai habis dan lepas pantang tu, erna masih ada beli conture gel Leesa Formula. Bengkung Leesa Formula juga erna guna dan tunku herba. Lain-lain, semuanya erna tak habis makan. Rasanya tak sampai half pun erna makan. Masa tu, erna tak terfikir pun nak gunakan Set Bersalin Shaklee.

Sebelum kelahiran Taqwa, erna dah siap-siap isi pill case yang akan erna bawa ke hospital dengan vitamin Set Berpantang Shaklee. Erna isi penuh-penuh sebanyak yang muat masuk dalam setiap ruang dalam pill case tu. ESP dan kurma pula, erna isikan dalam bekas susu FM. Tak lah erna bawa sebotol besar ESP tu ke hospital. 

http://c2.diapers.com/images/products/p/mc/mc-321_1z.jpg
munchkin milk powder container - ini yang erna bawa ke hospital ada 3bahagian. Letak kurma & ESP
Selepas Taqwa lahir, erna ingat lagi..erna minta suami nak minum air zam zam. Memandangkan Taqwa lahir subuh, menu makan pertama yang erna dapat di hospital adalah sarapan pagi. Menu sarapan erna dan menu makan pertama selepas melahirkan Taqwa adalah roti kosong 3keping, jem strawberi, butter, milo + materna mamil mama yang kena bancuh sendiri. Suami yang sapukan jem dan butter kat roti erna. Ingat lagi..masa tu, erna sempat lagi offer suami makan roti. Lupa yang suami puasa haritu. Nyaris je suami nak makan sama-sama dengan erna. Sebab dia pun macam lupa yang dia puasa. hehehe..

Selesai je makan, erna terus minta suami ambilkan pill case erna dalam beg yang erna bawa ke hospital. Terus erna makan bekalan vitamin yang erna bawa. Pagi tu tak minum ESP lagi. Lepas makan tengahari baru erna minum ESP pertama kali selepas kelahiran taqwa. Istimewanya Set Berpantang Shaklee ni, selepas ibu dibenarkan makan dan telah alas perut..ibu dalam pantang ni, boleh terus makan vitamin-vitamin yang ada dalam set berpantang shaklee. Tak perlu risau dan takut anak ada masalah kuning atau apa-apa masalah lain. Kerana ianya selamat diambil. Mudah. Nutrien daripada vitamin juga cepat diserap ke dalam badan.

Itu cerita dihospital. Bila dah dapat balik rumah, botol-botol vitamin erna memang erna dah siap susun dalam bakul ditepi katil. Jadi mudahlah untuk erna ambil vitamin-vitamin yang erna akan makan setiap hari. Setiap hari, selepas mandi..erna akan bancuh ESP. Erna biasanya akan minum ESP + Oat. ESP+Nestum. Nyum nyum. Kalau nak campur dengan holick pun sedap. Apa yang pasti, bila minum ESP ni..susu erna akan pekat. Cepat je membengkak nenen dan memang lepas pam, lepas iman minum, lepas taqwa minum, kalau dalam 3jam tak pam..mula rasa berat dan keras-keras sakit. Cepat-cepat erna kena pam susu. Kalau tak, memang akan bengkak dan kena tuam.

Dalam 1jam lepas minum ESP, erna akan makan vitamin. 2minggu pertama berpantang, erna makan Vitamin C, Zinc dan B Complex lebih daripada 1bj. Sebabnya..3 jenis vitamin ini membantu luka bersalin erna cepat sembuh. Kelahiran iman dulu, hanyalah 2.85kg. Taqwa pula, 3.42kg. Jadi, kepedihan luka dan bengkak ditempat bersalin memang berbeza. Rasanya..melahirkan taqwa tak susah mana. Jika nak dibandingkan dengan iman. Lebih 10jam erna menahan sakit nak melahirkan iman. Taqwa pula, hanya 3jam sahaja di atas katil labour room. Mudahnya lahirkan taqwa. Alhamdulillah.. Cuma, dari segi sakit ditempat melahirkan baby, kelahiran Taqwa ni lebih sakit. Logiknya saiz baby dan berat baby pun dah boleh anggar tahap koyak dan sakit tu macam mana kan =) Apapun, pengambilan vitamin betul-betul buat erna punya luka dan pedih ditempat melahirkan tu cepat sembuh.

Badan pun rasa segar. Masa raya, saudara yang datang beraya dna melawat baby taqwa semua cakap muka erna tak macam orang bersalin. Muka segar. Muka sihat je tak macam orang dalam pantang. Muka tak pucat. Syukur alhamdulillah..memang rasa segar je badan. Erna memang tak skip pengambilan vitamin. Erna tak ada masalah rambut gugur sebab erna makan zinc yang ada dalam Set Berpantang Shaklee. Bcomplex Shaklee pula seakan pain killer untuk erna. 

Overall, erna betul berpuas hati dan sehingga hari ini erna masih konsisten amalkan semua vitamin dalam Set Berpantang Shaklee. Tak rugi pun sebenarnya bila beli 1set yang mana, setiap satu botol boleh bertahan lebih 2bulan. Hingga habis tempoh berpantang, masih juga boleh teruskan makan semua vitamin untuk kesihatan. 

Berat badan pun laju je turun. Sedangkan erna masih belum mula makan lecithin atau omega. InsyaAllah dalam entry yang lain, erna akan berkongsi perihal berat badan selepas erna ambil lecithin atau omega bersama alfalfa nanti ye. Semua vitamin yang erna makan ni, alhamdulillah..setakat ni tak nampak beri apa-apa kesan buruk pada taqwa. Najis taqwa pun ok. Kecing pun ok. Semua ok. Syukur sangat...Bila erna serasi, taqwa pun serasi..happy sangat.

Buat anda yang masih berfikir-fikir apa Set Berpantang apa nak beli, jangan takut untuk beli Set Berpantang Shaklee. Sememangnya badan kita perlukan zat dan nutrien untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang. Selain itu, kehilangan darah yang agak banyak semasa proses kelahiran baby..adalah antara sebab kita perlu ambil Vitalea (multivitamin) untuk pastikan badan dalam nutrien yang cukup. 

Erna akan terus makan semua vitamin ini dan teruskan Set Penyusuan pula. Syukur alhamdulillah...29hari ini juga, taqwa adalah bayi susu ummi. Susu sentiasa ada. Cukup untuk abang iman, cukup untuk taqwa, juga ada stock simpanan hasil pam. Rezeki Allah untuk anak-anak erna. Syukur sangat....

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. Jangan malu jangan segan, terus hubungi erna.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment