Boleh Ke Ibu Sakit Menyusukan Anak?

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang, 
 
Buat anda yang follow ataupun friends dengan erna di FB rasanya mesti tahu yang erna tidak sihat minggu lepas. Alhamdulillah..tak lama pun erna sakit. Sehari semalam sahaja sakit dan masuk hari kedua tu, alhamdulillah kesihatan bertambah baik.

Memandangkan erna ni adalah ummi yang menyusukan anak 100%, ada yang tertanya-tanya..sakit boleh ke menyusukan anak? Rasanya ramai yang keliru mengeni persoalan ini. Jom teruskan membaca. Entry kalini erna nak berkongsi dengan ibu-ibu yang menyusukan anak sama seperti erna, dan inilah persoalannya,

Boleh ke ibu sakit menyusukan anak?

Jawapannya adalah.. Bergantung kepada jenis penyakit dan ubat yang ibu ambil.

Maksud jawapan erna diatas tu adalah,

Jika penyakit yang boleh dijangkiti ataupun penyakit yang disebarkan melalui darah atau cecair badan lainnya seperti HIV/ Aids, anda tidak digalakkan untuk menyusukan bayi anda. Sila rujuk laman HIV & Breastfeeding untuk penjelasan mengapa ibu tidak boleh menyusukan bayinya jika ibu ada penyakit HIV.

Bagaimana pula dengan penyakit Hepatitis?
Ya, jawapannya BOLEH dan anda boleh rujuk di laman Breastfeeding & Hepatits ini untuk penjelasan terperinci.

Manakala, jika ibu menghidapi penyakit-penyakit kronik lain seperti jantung, kanser, diabetes dan sebagainya, anda perlu rujuk dengan doktor yang merawat dan bertanyakan mengenai ubat preskripsi yang diberi kepada anda.

Mungkin, anda boleh menyatakan hasrat anda untuk menyusukan bayi anda dan minta mereka memberikan anda ubat yang bersesuaian.

Bagaimana pula dengan demam dan selesema?

Demam dan selesema inilah yang erna kena minggu lepas. Bermula dengan sakit tekak, kemudian selesema dan demam. Dua ini adalah penyakit yang paling kerap menyerang kita. Ok, bagaimana pula kalau anda cirit birit atau keracunan makanan?

Untuk semua penyakit sebegini, anda BOLEH terus menyusukan bayi anda seperti biasa.

Cuma, anda perlu mengingatkan doktor anda bahawa anda sedang menyusukan bayi dan anda ingin terus menyusukan bayi anda, jadi minta doktor berikan anda ubat yang bersesuaian dengan penyusuan ibu.

Masa erna tak sihat minggu lepas, memang banyak kali suami offer untuk bawa erna ke klinik dan ayah pun sibuk suruh erna pergi jumpa doktor. Bukan nak menolak rawatan daripada doktor, tapi erna sebolehnya tak nak makan ubat walaupun nanti mungkin doktor akan beri ubat yang selamat untuk ibu menyusu.

Sebagai altenatif, Erna amalkan 2bj Vita-C Plus pagi, 2bj Vita C Plus tengahari dan 2bj Vita-C Plus malam. Kemudian makan juga 2bj B Complex. 4biji Ostematrix. 450ml Performance Drink sebagai mimum petang. Sapu minyak panas di betis dan kaki. Pakai stokin dan baju sejuk. Alhamdulillah...sehari semalam sahaja erna sakit.

Sememangnya semua vitamin Shaklee adalah selamat dan semulajadi. Erna amalkan vitamin Shaklee ni sejak Taqwa dalam kandungan erna lagi. Ketika berpantang juga, erna amalkan semua vitamin dalam Set Kehamilan. Semestinya erna percaya dengan produk Shaklee. Erna sihat dan selamat juga untuk menyusukan Taqwa. Alhamdulillah...


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment