ummierna.blogspot.com Berwajah Baru

ummierna.blogspot.com Berwajah Baru | Blog berbaju raya


Alhamdulillah...setelah sekian lama erna tak menukar pakaian blog ummierna.blogspot.com, erna buat keputusan...Ramadhan tahun ini menjelang raya erna hadiahkan blog kesayangan erna ni sepersalinan baru. Tuan punya blog pun tak ada baju raya lagi tau. hihi

Lama dah sebenarnya erna nak tukar baju blog erna ni, tapi memanjang tangguh-tangguh niat tu. Akhirnya selepas erna jumpa designer yang betul-betul menepati citarasa erna, erna pun terus pm designer tersebut. Itupun tunggu turn juga untuk designer blog ummi erna ni nak siapkan tempahan. Ramai rupanya blogger belikan 'baju raya' untuk blog kesayangan mereka. 

Jika sebelum ni header blog pun gambar ummi, babah dan iman sahaja, erna rasa tidak adil kepada taqwa ammara sebab tak ada gambar dia. Header terbaru ni, erna mintak sheda letakkan gambar kami sekeluarga. Cari punya cari tak jumpa pula gambar sekeluarga yang sesuai. Tapi, erna rasa..header ni comel sangat. Walaupun gambar berasingan, pandai sangat sheda edit jadi nampak harmoni. (puji blog sendiri. hihi)

Pemilihan warna pula, erna nak tukar angin daripada warna-warna romantik kepada warna segar. Sebelum ini blog ummierna.blogspot.com warna purple, pink. Kalini erna minta sheda buat warna hijau, putih dan erna bagitahu nak fresh. Bila sheda padankan hijau ala-ala mint ini dengan pink, erna rasa segarrrr dan happy....sangat. Suka. Cantik sangat-sangat. Kan? (puji blog sendiri lagi. hihihi)

Overall, memang menepati citarasa erna. Berbaloi dan puas hati.

Terima kasih sheda yang cun, bujang lagi menarik tertarik ^___^




Blog Milik Erna Nordiana Zamri
Preview Here: http://ummierna.blogspot.com/
Theme: love, family, shaklee, 
Designed By: Sheda Ucu ShedaUcu blog www.shedaucu.com| shedaucu@gmail.com

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM69 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment