Bengkel Nutrisi Shaklee 2013

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah..hujung minggu baru-baru ni erna ada sertai Bengkel Nutrisi Shaklee 2013 yang bertempat di Hotel Villa Subang. Tiket untuk ke kelas ini RM40. Seronoknya..dapat sertai bengkel nutrisi ni. Ilmu yang erna perolehi dalam bengkel nutrisi ini, jauh lebih bernilai daripada RM40. Pagi-pagi adik beradik Shaklee a.k.a sideline erna, mamanurins dah datang ambil erna di rumah. Iman duduk rumah nenek. Ummi menuntut ilmu :) 

Celline adalah speaker sepanjang bengkel berlangsung. Celline dan sarah adalah Nutritionist Shaklee. So, mereka berdua berganding bahu untuk handle bengkel dari mula hingga tamat. Ada juga erna nampak staff shaklee yang lain.

Memandangkan sistem online baru di lancarkan..jadi, permulaan kelas di mulakan dengan pengenalan kepada sistem online oleh Ethan. Ini salah seorang manager Shaklee. Cerita tentang online system, sekarang ni..bisness Shaklee sangat mudah. Selepas hampir setahun erna berkecimpung secara serius dalam bisness ini, akhirnya bisness ini semakin mudah dengan pengenalan kepada sistem pembelian secara online. Kiranya..selepas ini, segala aktiviti jual beli boleh di jalankan secara online. Sangat menarik! Juga memudakan kepada semua pengedar Shaklee menjalankan urusan jual beli. Kiranya ada shopping cart untuk berurusan. Nak daftar ahli baru pun di jalankan secara online. Seronok!

Lebih kurang 30minit Ethan berkongsi ilmu mengenai online system. Kemudian ilmu berkaitan nutrisi-nutrisi dalam produk Shaklee pun di mulakan. Sepanjang bengkel berlangsung, kami bukan sahaja duduk dengar ceramah. Ada juga latihan dalam kumpulan serta group presetation. Seronok! Tak kenal pengedar Shaklee lain tapi boleh beramah mesra. Macam dah kenal lama. Sama-sama nak buat yang terbaik untuk group masing-masing. Erna di tugaskan untuk bincangkan mengenai AJHT. Produk sakit sendi yang erna bekalkan pada ibu setiap bulan. Masa group presentation, sangat seronok dan happening! Makan di hotel pun best. hehehe

Menariknya bisness ini, kami bukan hanya di ajar menjual produk. Bukan sekadar mencari keuntungan daripada bonus jualan yang besar setiap bulan. Sebaliknya kami di ajar untuk berkongsi kebaikan produk serta kelebihan produk kami berbanding produk lain yang banyak berada di pasaran. Sebab itu, service selepas sale adalah sangat penting buat kami sebagai pengedar Shaklee. Jika anda membuat belian vitamin daripada erna, consultation adalah lifetime. 


Owh ye..apa yang buat erna kagum, ramai juga ibu-ibu yang datang bawa baby. Dari awal pagi hingga habis kelas, ibu-ibu ni menuntut ilmu sambil melayan kerenah anak-anak. Suami pun ada juga sebagai peneman para isteri serta tanda sokongan atas usaha yang sedang ister-isteri mereka buat. Istimewa sangat bisnes ini berbanding bisness lain. Tiada perjumpaan larut malam. Tidak perlu ketuk pintu rumah orang buat demo dan tak perlu modal besar. Tiada isu headhunting. Tidak perlu ketepikan anak dan suami. Semua ilmu dan bisness coaching di jalankan secara online. Whatapps, sms, group, fb. Kami di ajar menggunakan kemudahan online 100% nak maksimumkan penggunaan hp canggih yang kami ada =P 24/7 boleh coaching serta keep in touch dengan anak-anak, adik beradik, mak dan bakal anak. 

Sijil ini di terima selepas habis bengkel

sesi LDK bersama ahli kumpulan

Iman tetap di hati ummi. Di mana pun ummi, iman tetap ada dengan ummi.

kami tak kenal pun sebelum ni. Shaklee buat kami ada ikatan adik beradik.
nana, mila, erna

ini hasil group kami.

Jika anda ingin menyertai kumpulan Shaklee kami, kehadiran anda di alu-alukan.. Jangan malu, tiada ilmu kami berkongsi. Sebab bisness ini, anda bukan berseorangan. Ada group sokongan untuk semua yang ingin maju jaya dalam bisness ini. Apa yang penting adalah, keinginan untuk berjaya. Hati yang kuat untuk berjaya. 

ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Jika anda berdekatan dengan Shaklee HQ di Empire Tower atau lain-lain branch, boleh gunakan ID erna 908806 untuk membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli. Jimat sangat!

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment