Tips Minum Air Masak Banyak

Tips Minum Air Masak Banyak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

"Minum air masak banyak-banyak ni yang susah ni.."

"Tak suka minum air masak banyak. Selalu pergi tandas nanti. Susahlah erna!"

"Penting ke minum air masak banyak tu? selalu tak cukup syarat minum air masak ni."

Antara alasan yang biasa erna dengar dan terima daripada customer erna sendiri. Ramai sebenarnya yang liat nak minum air masak. Ada juga yang rasa tak sedapkan? Kalau air coke, air coklat, ais blended ke..laju je nak minum. 

Entry kalini erna nak share dengan semua pengunjung blog ummi erna, antara tips yang boleh anda guna pakai untuk latih diri anda minum air masak banyak dan secukupnya mengikut keperluan badan.


Kita perlu minum lebih banyak air dalam situasi tertentu seperti:
  • Bila cuaca sangat panas, kita berasa tidak sihat dan seperti hendak demam
  • Jika kita mengandung dan sedang menyusukan anak
  • Sebelum dan selepas senaman
  • Ketika dalam kapal terbang yang mana udara sangat kering. dalam situasi ini badan kita boleh kehilangan sehingga 1.5 liter walaupun dalam penerbangan yang singkat!
  • Kebiasaannya erna akan sarankan customer erna untuk minum air masak dalam 3liter sehari.

Ok, disini erna akan kongsikan sedikit tips bagaimana untuk anda pastikan anda mampu untuk cukupkan syarat 3 liter air masak sehari.


tips minum air masak banyak
Minum air masak banyak


TIPS 1: 


✔ Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml 


✔ Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml 


✔ Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch. Anda ada sekurang-kurangnya 5jam untuk habiskan 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch.


✔ Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml 


✔ Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml 


** Jika anda bekerja atau belajar atau mungkin suri rumah sekalipun, anda boleh sediakan tumbler yang size 1liter ataupaun tumble yang 1.5liter. 


TIPS 2: 


✔ Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.


✔ Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.


✔ Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.


✔ Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.


✔ Minum 1 gelas air selepas ke tandas.


✔ Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.


✔ Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.


✔ Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.


✔ Minum air masak apabila terasa laparatau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.


✔ Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.


✔ Alhamdulillah, jika anda ikut tips di atas, maka anda berjaya cukup kan minum air masak 3liter sehari. 




Mudah kan? Itu tidak termasuk air masak yang kita minum masa makan supplemen. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba tips yang di kongsikan ini ye. 


Mula-mula mungkin tak biasa, tapi bila dah jadi rutin, semuanya rasa mudah. Sedar-sedar dah minum 3liter air masak ni sehari.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment