Tips Banyakkan Susu Badan Dalam Pantang Versi Erna

Susu Badan Banyak Dalam Pantang | Assalammualaikum...saja erna publish malam entry ini. Sambil-sambil nak tidurkan anak ataupun sambil power pumping malam ini, boleh baca perkongsian erna ini. Niat erna menulis entry ini adalah untuk berkongsi dengan ramai ibu-ibu yang baru pertama kali dalam penyusuan susu ibu. 

Bagi ibu yang kali pertama melahirkan anak, semestinya akan kekok dengan pengalaman baru. Pengalaman baru bergelar ibu adalah manis dan indah. Tetapi, jujur juga erna ingin kongsikan disini, pengalaman berpantang kali pertama adalah satu pengalaman yang sangat mencabar. Semestinya tempoh berpantang adalah tempoh untuk ibu merehatkan diri dan tempoh berpantang juga adalah tempoh untuk 'recovery' bagi semua ibu. Tapi ibu-ibu harus sedari, tempoh berpantang adalah sangat sesuai untuk menstabilkan penghasilan susu ibu. 

Entry ini juga khas buat ibu-ibu yang pertama kali pantang bersalin dan dalam masa yang sama sedang berusaha menyusukan anak. Erna sendiri ada ramai kawan yang anak pertama mereka dalam pantang...hari kedua hari ketiga telah diberikan minum susu formula. Ada juga yang masuk anak kedua ketiga baru mula nak berikan susu ibu. Anak keberapa anda mula beri susu ibu itu bukanlah persoalan disini. Tetapi, niat dan hasrat murni anda sebagai ibu yang ingin menunaikan hak si anak..itu adalah yang lebih penting.

Pertama sekali, TAHNIAH kepada ibu-ibu dalam pantang atau dalam persediaan nak berpantang bersalin kerana sudi klik dan baca entry ini. Erna yakin, klik entry ini adalah salah satu usaha anda menambah pengetahuan dan ilmu penyusuan. Erna bukanlah seorang pakar laktasi. Tetapi, erna seorang ibu yang menyusukan anak sulung yang kini berusia 3tahun 6bulan dengan susu badan. Erna juga seorang ibu yang hamil 9bulan anak kedua dalam masa sama masih menyusukan anak sulung dan alhamdulillah...kini anak kedua erna berusia 1tahun 1bulan juga masih 100% minum susu ummi. Alhamdulillah...rezeki dari yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Erna ada ramai....customer yang beli Set Penyusuan Shaklee dan mereka inilah erna kongsikan pengalaman erna. Teknik dan ilmu penyusuan adalah sangat penting. Bukan sekadar menyediakan pam susu, beg pam susu, botol simpanan susu perahan, tetapi ILMU PENYUSUAN yang mana ia berbentuk pengalaman..itulah yang paling tinggi nilainya dan tidak dapat dijual beli.

Rata-rata merungut susu tak keluar diawal berpantang. Sampaikan ada yang memaksa diri beri bayi susu formula. Walaupun hati tak nak beri sebenarnya. Memang tak berdosa beri bayi susu formula. Tetapi setiap ibu harus jelas dan faham yang susu ibu bukan akan keluar terus memancut-mancut pada awal-awal tempoh berpantang. Perlu tahu juga bayi bukan minum banyak-banyak diawal kelahirannya. 

Apa yang bakal erna kongsikan dalam entry ini adalah melalui pengalaman erna sendiri selepas melalui sendiri pengalaman berpantang kali kedua. 

1) Direct Feeding - 

Dari hari pertama kelahiran Taqwa, memang erna dah minta nurse untuk tinggalkan taqwa tidur dengan erna. Mulanya taqwa tidur di nursery. Tapi setiap 30minit nurse akan datang tolak taqwa masuk bilik erna sebab taqwa nangis. Bila erna bagi nenen, taqwa akan senyap. Erna memang dah pesan pada nurse, erna nak baby erna fully breastfeed. No formula milk. Tapi rasa kesian pula nurse. Terpaksa kerap ulang alik hantar taqwa room in dan tolak balik nursery semula. Akhirnya erna rela korbankan rehat malam pertama selepas kelahiran Taqwa walaupun dalam bil hospital ada kos yuran nursery baby. Taqwa tidur dengan ummi bagi memudahkan proses penyusuan. 

Kesimpulan yang erna buat disini, direct feeding itu penting. Erna memang direct feeding taqwa setiap 30minit dalam 2-3hari pertama kelahiran taqwa. Susu alhamdulillah ada. Tapi bukanlah melimpah ruah terus penuh sebotol. Susu awal adalah kolostrum. Memang penat sebab kerap sangat nak kena susu kan. Tapi, erna yakin bukan taqwa nak susu 100%. Lebih kepada nak ummi peluk-peluk.

2)  Penjagaan pemakanan semasa mengandung dan semasa berpantang - 

Ok, erna akui masa mengandung adalah masa yang heaven sangat nak makan itu ini. Teringin itu ini. Tetapi adalah sangat penting untuk jaga pemakanan semasa mengandung. Pemakanan perlulah seimbang. Cukup semua ikut piramid makanan. Segala yang dimakan ketika hamil, bukan sahaja untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Malah, nutrisi yang ada dalam pemakanan kita ini akan diserap masuk ke dalam badan dan nutrisi ini akan membantu dalam penghasilan susu ibu. Begitu juga semasa berpantang. 

Selain itu, erna memang amalkan makan vitamin Set Kehamilan Shaklee sepanjang mengandung. Jangan culas makan vitamin ye. Sebab badan ibu yang ingin menyusukan anak perlu cukup zat agar ianya dapat disalurkan sebaik mungkin daripada penghasilan susu. 

Normal ibu dalam pantang akan rasa sangat penat kerana waktu berpantang inilah badan sedang nak recover, ibu sangat digalakkan untuk mengambil Energizing Soy Protin ( ESP) dan Vitalea sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga sepanjang berpantang. Paling best, supplemen ESP dan Vitalea ni dapat membantu banyakkan susu ibu semasa berpantang. Kenapa? Sebab badan sihat memainkan peranan untuk banyakkan susu. Bonus, badan ibu lebih cepat pulih dari lepas bersalin dan kulit lebih CANTIK.

3) Pam susu - 

erna memang pam susu walaupun dalam tempoh berpantang. Sejak berpantangkan iman dulu pun erna memang akan pam pam susu.  (Iman anak sulung erna) Apapun keutamaan adalah erna akan bagi baby hisap dulu. Bila baby tidur, ada masa terluang, terus cepat-cepat pam. Memang tak mustahil yang kita pam tu hanyalah keluar angin bukan keluar susu. Tapi percayalah..pam susu juga salah satu cara untuk stimulate susu untuk keluar. 

Baby biasanya tidur panjang ketika dalam tempoh berpantang. Jadi, masa inilah yang ibu perlu pam susu. Ingat ye ibu...bagi baby anda minum susu daripada satu breast sampai baby puas minum. Jangan terlalu kerap tukar-tukar breast dalam satu sesi. Sebagai contoh...jika baby hisap nenen kanan, so bila bayi tidur..ataupun semasa baby sedang hisap nenen, ibu boleh tenderm nursing dan pam breast kiri. Jangan gunakan susu perahan ini dalam tempoh berpantang. Susu perahan simpan sebagai stock apabila mula berkerja / anda yang akan sambung belajar. 

Apapun hisapan baby paling power dan memang paling bagus dalam semua sedutan jika nak dibandingkan dengan pam pam mahal yang ada di pasaran.

4) Jangan ikut cakap orang - 

Haaaa ini memang erna lalui masa erna berpantang lahirkan iman. Bila berpantang lahirkan taqwa, erna dah ada pengalaman anak pertama kan..jadi, erna gunakan pengalaman itu sebaik mungkin. Memang akan dengar macam-macam kata orang. Lagi-lagi bila anak kita nangis. Percayalah yang nangis itu bukanlah 100% sebab tak cukup susu dan yakinlah bahawa susu yang diperlukan si anak bukanlah penuh sebotol di awal-awal kelahirannya ke dunia. Keep positive. Tetap positif yakin susu aku cukup untuk anakku. 

Emosi dan perasaan ibu perlu sentiasa tenang. Jika berpantang anak sulung mungkin lebih mudah jika dibandingkan dengan berpantang anak kedua, tiga dan seterusnya. Ini kerana..ibu perlu berdepan dengan kerenah anak-anak yang lain. Bagaimana erna maintain cool berpantang Taqwa dengan menghadap kerenah Iman? Erna amalkan 2bj B Complex sepanjang berpantang. Even sampai sekarang pun..erna masih amalkan pengambilan B Complex setiap pagi. 

5) Doa - 

Berdoalah sebanyak yang boleh. Doa sungguh-sungguh. Doa bukan main-main. Minta dari Allah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Niat yang baik. Bukan nak menunjuk pada yang lain kita susu kan anak kita. Bukan itu cara yang betul. Doa agar dipermudahkan jalan penyusuan kepada anak. Susu ibu juga adalah rezeki. Maka, sepanjang hamil..berdoalah agar rezeki sentiasa ada untuk anak kita dan cukup. Walaupun bukan melimpah ruah..semoga ianya cukup mengenyangkan perut anak.

6) Susukan anak setiap 2jam - 

Ok, ini ramai juga yang terlepas pandang. Baby baru lahir memang suka tidur dan akan tidur lama. Sama macam taqwa. Setiap 30minit-45minit pun erna dah kejutkan dia minum. Walaupun kejap je dia hisap nenen, erna tetap akan kejut untuk minum. Itu langkah stimulation susu yang erna buat. Alhamdulillah..erna yakin cara ini juga salah satu cara untuk banyakkan susu. Memang rasa letih dan mengantuk sangat. Tapi apalah salahnya kita berpenat sedikit untuk anak yang kita nantikan. 

7) Minum Banyak Air Kosong

Perlu jelas bahawa susu ibu ini terhasil dari badan ibu dan susu ibu sendiri adalah air. Ye...air. Jadi, pengambilan air masak perlu dititik beratkan. Sekurang-kurangnya 2liter air setiap hari. Erna memang ambil air tanpa sekat sepanjang berpantang. Tetapi...jangan salah faham. Erna bukan terus minum air banyak dalam satu-satu masa. Minum segelas air panas setiap kali minum. Minum air dengan kerap. Minum sikit-sikit tetapi kerap. 

Selain itu, erna memang amalkan makan vitamin Set Kehamilan Shaklee sepanjang mengandung. Jangan culas makan vitamin ye. Sebab badan ibu yang ingin menyusukan anak perlu cukup zat agar ianya dapat disalurkan sebaik mungkin daripada penghasilan susu. Jika ibu tak minum susu atau tekak susah nak terima susu, ibu boleh makan Ostematrix Shaklee dari tempoh kehamilan lagi. Ianya dalam bentuk tablet dan licin mudah ditelan.

Petua Banyak Susu Dalam Pantang
Hari pertama Taqwa dapat kolestrum daripada susu ummi
Tips Banyakkan Susu Badan Dalam Pantang
Susu Perahan Hari Ketiga BANYAK!

Apa yang erna kongsikan ini adalah daripada pengalaman sendiri. Sedikit sebanyak harap ianya membantu para ibu yang berhajat dan berniat nak susu kan baby. Paling penting adalah yakin, positif dan berdoa agar selalu kuat.

Jika anda ada masalah untuk mendapatkan keperluan nutrisi yang mencukup setiap hari, anda boleh hubungi erna untuk pembelian produk Shaklee. Erna pengedar sah Shaklee dan pada erna, pemakanan serta nutrisi yang mencukupi adalah sangat penting untuk ibu menyusu.

SET BERPANTANG SHAKLEE BANYAKKAN SUSU IBU
PRODUK SHAKLEE BANTU BANYAKKAN SUSU IBU

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;

 Pengedar Shaklee Puchong

Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Share this:

, , , , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment