Car Set Iman

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Hari sabtu haritu dah beli car seat iman. Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak belikan iman car seat. Erna tak banyak buat survey sangat sebelum beli car seat ni. Sempat tengok sana sikit, sini sikit. Tu je.. Kalau survey lebih-lebih pun, suami nak yang mudah-mudah je. Suami tak sama macam erna. Erna suka survey dan buat penilaian dan pilih. Suami pulak suka main terjah dan terus buat keputusan mana yang berkenan dimata dan hati. Mungkin sebab tu juga dulu erna suka servey sana sini bakal suami. Suami pulak terus jatuh cinta lepas tengok erna dan buat keputusan untuk nikahi daku. Owh ho..sudah lari topik! 


Plan asal suami nak ke Alamanda. Tapi erna yang beriya-iya ajak suami ke Baby Cottage Puchong.  Pagi tu erna plan nak ke karnival minggu penyusuaan kat perpustakaan negara. Tapi suami tak izinkan sebab erna tak sihat. Kiranya kalau kami ke Alamanda, suami nak hiburkan hati erna la sebab merajuk tak dapat ke karnival penyusuan tu. Kami singgah baby cottage sebab perjalanan ke Alamanda sehala dengan jalan ke baby cottage. Mula, erna tertawan dengan Aldo Hidalgo. Muat untuk infant sampai ke umur 4tahun. Nak beli car seat untuk iman, haruslah bagi iman try duduk dalam car seat yang nak beli. Bila letak iman dalam car seat Aldo, iman nampak tak selesa. Sebabnya, iman masih tak pandai duduk betul Car seat Aldo tu pulak, bila dah baringkan habis..tak dapat nak jatuh sepenuhnya. Kira iman kena duduk tegak sikit. Suami terus reject car seat Aldo. Erna pulak meleleh je air liur tengok car seat tu sebab cantik! Warna merah. Tak mengapalah..yang penting iman selesa.


Pilih-pilih, kami sama-sama setuju belikan iman Britax (Safe-N-Sound) : Sleep N Recline Car Seat. Car seat ni bila letak iman still boleh baringkan sampai iman nampak dalam kedudukan baring yang selesa. Kerusi pun empuk. Selesa je untuk iman. Harga asal, RM799, ada diskaun 20% = RM639.20. Banyak jugak diskaunnya. Car seat ni, suami yang berkenan. Erna ikutkan saja. Sebab suami jarang mintak untuk pilih apa jua keperluan iman. Biasanya erna yang akan buat keputusan nak apa mengikut budjet suami. Selain dari beli car seat, erna belikan jugak iman botol susu MAM. Beli yang 5oz warna biru. Botol ni pun ada diskaun 20%. Harga pasaran RM33.50 lepas diskaun harga cuma RM26.80. Jimat lagi..Syukur sebab iman nak minum botol MAM ni. Secara tak langsung, official botol iman sekarang..botol MAM. Selang selikan dengan puting brand anakku. Harap kalini iman takkan confius puting lagi..Cuma kerugian yang dialami bila erna beli home and car warmer brand Snow Bear. Harga asal RM99 selepas diskaun, harga RM79. Balik rumah erna survey, harga warmer ni kat Littlewhiz lagi murah. RM69 je. Murah RM10. Takpela..dapat juga penjimatan pada botol susu dan car seat. Beli warmer lebih sebab nak simpan kat rumah sendiri dan rumah ibu yang akan mengasuh iman bila erna tinggalkan iman nanti. Mommies, Baby Cottage ada jualan Mega 15Jun - 2Sept. 


Ini Aldo yang ummi minat. Tapi tak sesuai untuk iman

Next time boleh shopping stroller kat sini

Pemandangan tepi jalan Baby Cottage Puchong

Keahlian yang akan dapat diskaun setiap kali membeli belah :)

Beli belah ^_^

Selesa sangat Iman Zikir tidur dalam car seat baru

Ummi + Iman = wajib enterprame sama ^__^

Share this:

,

CONVERSATION

5 comments:

  1. lin tak sempat cari carseat hafidh lagi... nak kena beli gak ni. sebb pose nanti kena amik hafidh sorang2... huhuuh.. tp mhal la kan erna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lin, ada banyak pilihan..yang ni,babah iman yang berkenan. Kalau nak yang range dlm RM2++ pun ada. Hafidh dah besar sikit dari iman..dah 5-6bulan..erna beli yang ni sebab nak recline sampai boleh baring. Iman tak kukuh sangat lagi nak duduk. Ada banyak pilihan. Try la pegi baby cottage tu :)

      Delete
  2. eh nt boleh lah g.banyak pilihan.hmm besarr nmpk carseat tu.and mcm selesa je.best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Car seat iman ni besar. Tapi ada yang lagi besar dari ni. Promoter cakap muat sampai umur 4tahun. Harap iman nak duduk dalam tu sampai besar sket nanti :)

      Delete
  3. Amy pnye sweetcherry.ble ltk mya kepala mmg mcm tertunduk ye.mksdnye dagu rapat ke dada?selesa ke die?btol ke cr duduk tu?tp die diam je...wsau je sbb nk blk raye ni...huhu

    ReplyDelete