Iman, Maafkan Ummi..

Assalammualaikum dan Salam sejahtera... 


 Alhamdulillah. baru lepas pam susu untuk iman. Dapatlah 8oz,30minit. Sekarang ni kena buat single pumping,walaupun Ameda breastpump boleh buat double pumping. Puncanya, erna ni tersangat ganas bila bersihkan breastpump part. White valve dah terkoyak and not function well. Sementara nak balik KL, erna buat single pumping je la. Erna dah order 4pcs white valve dan ibu cakap dah sampai dah pun white valve tu kat rumah ibu. Erna beli kat enjoybreasfeed. Mana-mana yang erna carik,white valve Ameda harga RM19/pcs. Tapi kat enjoybreastfeed, kalau dah daftar sebagai ahli..harga RM17 je. Okla kan? dapatlah jugak jimat..macam erna beli 4pcs,boleh saving rm8.

Iman tengah tidur tu. Subuh tadi iman dah bangun. Erna susukan dan tidurkan iman semula. Terus erna pam susu lepas iman tidur dan cepat-cepat menaip kat blog ni. Nanti kalau iman dah bangun, susah sikit nak duduk depan lappy ni. Sebabnya,iman tak nak berenggang dengan erna. Iman nak ada orang teman dia bercakap..apa yang nak di kongsi kat sini, erna rasa bersalah plus sedih sebab dah menyakiti iman. uwaaaa....Cerita ni berlaku kelmarin. Kira,hari rabu malam khamis. Tak tahu apa yang tak kena dengan iman malam tu..dia tak lena tidur. Iman tidur lewat. Kul1.30 baru tidur. Then, dalam 1jam sekali bangun. Bukan nak susu pun..kembung pun tak..tapi erna tetap check pampers dan sapu-sapu minyak telon kat perut,punggung,betis dan tapak kaki. Siap bedung lagi nak bagi iman rasa selesa. Pagi tu,kul5 iman dah nangis. Sedangkan kul3.45pg camtu baru je erna lelap mata. Erna betul-betul mengantuk. Rasa mata tak boleh nak bukak. Tapi takkan nak biarkan iman terus nangis..kan? Jadi erna pun bangun. Iman tetap bunyik-bunyik. Nak bagi iman tenang, erna bukak la Nursery Rhythm kat tab erna. Memang iman suka. Sambil kami berdua baring,erna tunjukkan tab tu depan muka dia. Kira kami sama-sama mendongak kepala ke atas tengok screen tab. Iman terus senyap dan bukan main layan lagi lagu-lagu tu. Siap bergoyang kaki dan tangan dia. Mungkin seronnok dengar orang nyanyi dan animasi jalan sana sini kat screen tab. "Iman..iman..ummi ni mengantuk,boleh pulak iman nak ajak ummi main nyanyi-nyanyi pagi-pagi subuh ni..tidur la iman..." tup-tup erna tersedar yang iman menjerit nangis. Erna terus duduk dan angkat iman. Masa tu,suara tak keluar langsung. Ya Allah..rupa-rupanya erna terlelap dan samsung galaxy tab 7.0 jatuh atas muka iman. Erna mention model dan brand tab disini sebab nak u all imagine, benda besar dan keras macam tu jatuh atas muka iman. Mesti sakit. Mesti iman terkejut sebab tengah best-best layan lagu, ada benda berat jatuh atas dia. Dah la jatuh tepat-tepat atas muka dia. Nampak merah hidung dan dahi iman. Lagi pulak anak ummi ni berkulit cerah..memang ketara la nampak merah tu. Bercucuran air mata. Pakej sedu sedan. Sambil ummi pujuk iman, ummi berulang kali mintak maaf sebab terlelap dan terlepas tab tu atas muka iman. Bukan ummi sengaja. Ummi pun join nangis sama. Ummi mintak maaf... T___T

Ini contoh posisi kami. Baring bersebelahan. Tapi bukan meniarap la.
Kami baring mendongak ke atas. Tangan erna pegang tab dari arah atas.. 
Just imagine tab besar lagi berat tu,jatuh atas muka comel iman. Sadis!

Lepas pujuk-pujuk tu, dodoi-dodoi..bawak keluar dari bilik dan dudukkan atas rocker dia. Erna turunkan laptop dari meja, letak atas kerusi. Erna pasangkan barney sing ABC. On dari youtube. Alhamdulillah..dia mula melayan Barney pulak. Masa ni,iman dah cool. Ummi pulak yang tak henti-henti lap air mata dengan baju tidur. Huhuhu..sedih la..rasa bersalah sangat. Kalau bukan nak ajak ummi teman dia main dan layan lagu-lagu tu, sape lagi yang iman nak ajak teman? Imankan anak ummi..ummi kan, ummi iman. Dari dalam perut kami main bersama. Dah lahir kedunia,mestilah iman nak dengan ummi jugak. Maafkan ummi..ummi tak sengaja. Kul7 macam tu, baru iman nak tidur. Merengek-rengek..erna bagu nenen dan terus iman tertidur. Bangun dari tidur, erna ajak iman main-main. Alhamdulillah..iman nampak ok. Siap boleh senyum-senyum lagi. Kejap je sakit nyer tu..anak ummi kuat! i love u sayang..

Muhammad Iman Zikir, anak kuat! 
Gambar ini dirakamkan lepas iman bangun tidur. Mamai ^__^

Share this:

,

CONVERSATION

6 comments:

  1. sian iman....tp kn, akak pn pernah buat hal yg sama kt ank akak aina. Masa tu aina tgh nenen dgn akak (baring mengiring), akak tgh sibuk nk layan phone. Sekali phone telepas jatuh tepat kt tepi dahi dia (kt pelipis). Terus dia menjerit la...masa tu umurnya lebih kurang ngan iman skrg ni.

    Punya la menggelabah akak masa tu, mmg nangis sama ngan aina masa tu. Sedih psl slh kita dia sakit kan...

    hahaha....tu sume pengalaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..memang kena berhati-hati la lepas ni. Bukan sengaja pun. tapi memang kesian la..

      Delete
  2. cian iman...pasni ummi kene hati2 tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok mama alysa. ummi dah janji dengan iman :)

      Delete
  3. Aduh... Nasib iman tak merajuk lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..ish,sian kat iman.terlelap.sebab time tu memang mengantuk sangat

      Delete