Anak-anak Adalah Guru Terbaik Untuk Ibubapa

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Semenjak dua menjak ni, kami suami isteri selalu bincang-bincang dan bercerita perihal betapa aktifnya iman. Alhamdulillah..sekarang iman dah boleh berjalan gagah. Kadang tu, macam terhuyung-hayang juga. Tapi tetap dia nak berjalan. Keluar masuk bilik, keluar masuk dapur dan setiap pelusuk rumah iman tawaf dan hanya berhenti berjalan bila ada sesuatu yang menarik perhatian dia. Contoh, ternampak duit syiling atas meja, ternampak sudu atas meja kopi, ternampak botol bedak atas rak yang tinggi lebih sikit je dari dia dan lain-lain lagi. Seronok nampaknya iman bila dah mula berjalan gagah. Lebih menarik, bila iman boleh berdiri sendiri tanpa perlu berpaut pada mana-mana tempat.

Sekarang, mulalah ummi rindu nak tengok iman merangkak. Iman masih lagi merangkak.. Cuma dah jarang sangat dia akan merangkak. Lebih banyak berjalan dari merangkak. Setiap kali iman bangun berdiri sendiri dan terkedek-kedek jalan sana-sini..terdetik dalam hati, "dah besar dah iman.." selalu juga kami suami isteri cakap.."anak kita dah besar kan?" Ada masanya..kalau erna sendiri dari jauh tengok iman bangun jatuh, bangun semula dan jatuh lagi. Begitulah seterusnya iman..bangun dan jatuh adalah perkara biasa. Tapi, kagumnya..iman tetap nak berjalan. Walaupun dalam sesetangah keadaan, rasa macam iman susah sangat nak berjalan. Sebagai contoh jika berjalan atas jalan tar, jalan berliku dan tidak rata. Mencabar untuk kanak-kanak yang baru belajar berjalan macam iman ni nak stabilkan diri untuk terus berjalan atas tar. Tapi, tetap juga iman nak bangun guna tenaga dan tangan comel dia menahan tar untuk bangun berdiri dengan kaki sendiri. Ya Allah..kagum!

Iman bukan sahaja kesayangan ummi. Tetapi iman adalah guru pada ummi. Iman semangat dan segalanya pada ummi. Salah satu sebab erna sangat bersungguh-sungguh dalam apa yang erna ceburi sekarang ini adalah kerana iman. Selain daripada untuk keluarga erna, iman adalah sebab utama erna berusaha untuk berada di tahap sekarang ini. Banyak sebenarnya yang di pelajari dari seorang anak kecil. Melihat kesungguhan iman untuk capai sesuatu tahap adalah sesuatu yang sangat erna kagumi.

Sebenarnya bukan mudah bagi seorang bayi ataupun kanak-kanak untuk melakukan sesuatu. Walaupun kita rasa membalikkan badan atau meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan adalah mudah..tetapi tidak bagi seorang bayi dan kanak-kanak. Jika erna minta iman buat sesuatu, erna akan selalu berusaha untuk cakap pada iman.."please iman..please sayang.." walaupun kadang tu, hilang sabar juga kalau iman buat tak tahu je apa yang erna cakap. Tapi, tetap berusaha untuk iman faham apa yang erna mahukan. Bila iman berjaya buat sesuatu yang erna arahkan, cepat-cepat erna akan tepuk tangan sambil ucap.."Pandai iman. Good boy.." Kemudian cakap juga "Thank you iman..Terima kasih.." Iman tak pandai lagi sebut ayat yang erna sebut tu. Tapi, jika erna beri sesuatu arahan dan iman ikut dengan betul, secara automatik..iman sendiri yang akan terus tepuk tangan tanpa kami suruh dan spontan dia akan tepuk tangan sambil senyum menggoda. Setiap kali cakap "Pandai iman. Good boy.." mesti iman akan tepuk tangan. Bukan mudah tau anak kita nak buat sesuatu. Jadi dengan cara tepuk tangan dan beri pujian adalah sesuatu yang akan merangsang anak kita untuk mengikut arahan. InsyaAllah..

Setiap masa berusaha untuk jadi ummi terbaik pada iman. Semoga erna pun akan sentiasa gagah macam iman. Tak nak putus asa. Nak sentiasa berusaha tanpa rasa jemu. Iman guru ku =) Sejak akhir-akhir ini juga selalu terfikir..macam mana kalau iman ada adik pula lepas ni? Rasanya masih belum bersedia mental dan fizikal. Tetapi sampai bila kan? Sampai bila nak ada perasaan macam tu..rata-rata kawan yang erna jumpa, yang ada 2-3orang anak..terutamanya yang ada 2orang anak, mereka cakap pada erna..kasih sayang itu akan terbahagi sama rata secara semulajadi. Tak perlu takut tak perlu risau. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Setiap anak adalah rezeki. Terimalah dengan hati terbuka. 

P/S: ini bukan entry erna hamil ye..cuma selalu juga terfikir bagaimana nak bahagikan kasih sayang pada 2,3,4,5,6 orang anak nanti. Ops...banyak nya anak :P

Ini salah satu contoh rezeki. 
Rezeki Allah izinkan konvo bersama seoarang anak berusia 6bulan ketika ini. 
This is my favorite picture ever! 

Ini rezeki juga.
Rezeki bonus lain, rezeki terima cek penghargaan dari syarikat lain.

Ini pun rezeki.
Dulu berangan akan sambung master. Alhamdulillah..Allah izinkan.

Ya Allah...Alhamdulillah. Rezeki ini..rezeki yang lama erna angankan. 
Alhamdulillah iman masih minum susu ummi 100% tanpa FM. Syukur Ya Allah..

**Menanti jawapan dari pihak bank pula untuk next rezeki. InsyaAllah..semoga Allah permudahkan urusan erna. Semoga Allah izinkan. Nanti erna share ye =)

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, , , , , , , ,

CONVERSATION

1 comments:

  1. Btw tahniah... apa yg sis buat semua akan terbalas... cemburu pula saya nengok sis yg positif...
    tentang iman akan dpt adik, teringat plak sy yg mengandung anak kedua masa si kakak usia 6 bulan. mental sy sgt terganggu tp sy yakin mesti ada hikmah apa yg sy miliki. dan sy yakin si kakak akan jd seorang yg penuh dengan sifat tanggujawap terhadap adiknya. dan begitu juga iman... hehe anak sy pun dua dua nama iman... iman gegurl n iman boy...

    ReplyDelete