Bagus ke Set Magic English Grolier?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sedia maklum, erna lahirkan iman masa erna masih study tahun akhir di UniMAP. Sepanjang iman baby, baru-baru habis pantang..ada juga erna tinggalkan iman dan buka cartoon barney, nursery rhythm kat tab. Kalau erna mandi atau ada apa-apa kerja nak buat, boleh la erna tinggalkan iman macam tu. Tapi kejap je la erna tinggalkan iman dengan tab. Sebab lama-lama iman akan jemu dan nangis. Sekarang usia iman nak masuk 1 tahun 3 bulan. Iman suka layan iklan di tv. Bila ada iklan, iman boleh duduk diam dan layan iklan sampai iklan habis. Lepas tu iman akan sambung semula aktiviti yang dia buat sebelum iklan tadi. 

Tab? Iman dah jemu agaknya layan lagu-lagu di tab tu sejak dia baby sampai dah umur setahun ni. Yela..kalau kita asek tengok benda yang sama, kita pun jemu juga kan? Sekarang ni mudah nak tahu kalau iman tak suka sesuatu video yang erna atau babah iman bagi iman tengok. Iman akan tepuk-tepuk screen tab tu tanda dia tak happy dan tak sudi nak tengok video yang kami buka tu. So, laju-laju ummi dan babah akan tukarkan video yang lain. Sampaikan erna dah buntu nak bagi iman layan video apa. Sebabnya tab tu hanya boleh beroperasi dengan laju di rumah MIL sebab di sana ada unifi. Rumah kami tiada Unifi. Sadis!

Lebih kurang 3minggu yang lalu, erna ada sign up Magic English for Iman. Ala..uoll semua mesti tahu kan yang pakej dari Company Grolier. Famous amos la kan company ni. Lagi-lagi kalau time pesta buku, pesta jual-jual barangan ibu dan bayi sume tu kan. Erna pun selalu juga di tahan oleh promoter Grolier time-time pesta. Tapi tak pernah la pulak singgah dan cuma berlalu sambil senyum-senyum kat promoter tu. Al-kisah satu hari tu..di rumah ibu, ada la sorang aunty indian ni datang dan erna terus tanya.."macam mana ye nak bagi baby i pandai speaking?" aunty tu bagitahu erna.."u kena setiap hari speaking dengan baby u" tersenyum kambing erna bila aunty tu cakap macam tu..seterusnya.."u tau tak magic english? saya kasi u tengok" erna pun anguk kepala tak cakap banyak..

Pendek cerita, aunty tu sebenarnya promoter Grolier dan dia explain semua set yang ada. Siap bawa sample buku, reader pen,cd dan macam-macam lagi ke rumah ibu. Iman yang sangat tak reti duduk diam tu, siap menonggeng naik atas buku yang aunty tu bawak. Susah ummi nak dengar penerangan dari aunty yang beriya-iya beri penerangan pada ummi. Ish la iman..geram tau ummi!

Kesimpulan daripada cerita di atas, erna sign up khas untuk iman. Ini hadiah untuk iman. Kalau ummi berimpian spend itu dan ini dengan duit bonus Shaklee ummi, Magic English Set + Reader Pen Package adalah hadiah untuk iman. Setiap bulan ummi perlu spend kurang daripada RM100 untuk education iman.  Perjanjian selama 2tahun dengan syarikat. Sejak ummi terpaksa stopkan iman daripada pergi school, ini adalah hadiah education untuk iman kesayangan ummi. Ummi harap sangat iman suka. Sekarang ni, iman memang tak berapa minat tengok dvd yang ada dalam set ni. Kalau erna ajak iman baca buku pun,,iman sibuk nak selak-selak buku. Ummi pulak sayang buku iman koyak. Erna dah plan, nanti bila kami pindah je rumah baru, setiap hari erna nak pasangkan dvd ni untuk iman. InsyaAllah..iman kan makin membesar. Erna harap iman akan suka tengok semua ni nanti. Amin

Nanti kalau erna dah mulakan home schooling bersama iman secara formal dengan bantuan Magic English ni, erna akan share dengan anda semua perkembangan iman ye..Setakat ni, iman terima pendidikan non-formal daripada ummi di rumah. Alhamdulillah banyak yang erna cakap iman mula faham dan bertindak. Syukur Ya Allah T___T

 Tadaaa...berat tau kotak ni. Ada 26 buku dan 26 cd. Erna juga sign up untuk Reader Pen Set

 Ini dia budak yang excited!

 Awal-awal, erna saja biarkan iman explore.

 Ummi risau bila iman mula mengganas nak menyelak buku. Over excited!

Semoga jadi anak bijak pandai ye sayang..Ini hadiah dari ummi. Disebabkan oleh 'Oh My English' ummi  yang 'power'..ummi hadiahkan ini untuk iman. Ummi pun nak tumpang belajar juga. Nanti adik-adik pun boleh share dengan abang iman =)  (ummi yang berfikiran jauh.hehehe)

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI, 


Dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli melalui pembelian daripada erna. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia , Singapura, Brunei, Indonesia ^_____^ 

Share this:

,

CONVERSATION

6 comments:

  1. ritu ge expo ada jgk org promote ni... tp konon kate nk dtg esok..tp xdtg..hihihi... nanti erna review eh.. erna ambik yg bayar bulan2 eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erna ambil yang bayar bulanan.sign up contract utk 2tahun. blh direct call hot line mereka.setiap bulan mereka dtg rumah collect duit.kalau nak online transfer pun blh juga.option

      Delete
  2. wahhh...iman dapat hadiah yer..nanti belajar rajin2 ek...

    salam kenal..ila follow yer =)

    ReplyDelete
  3. leh gune lame klu bahan2 bacaan cmni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..rasa x rugi laburkan utk benda macam ni.insyaAllah

      Delete