Teman Dunia Akhirat

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hujung minggu lepas erna bercuti. Ops..memang setiap hari pun macam orang bercuti. Tak perlu erna nak apply cuti, tak perlu tunggu approve sebab diri sendiri bos dan diri sendiri pekerja. So, erna just inform to all my lovely customer yang erna mula bercuti Jumaat hingga Ahad. Isnin, OhShawl beroperasi seperti biasa. Sesi pos mengepos semua erna bawa ke hari isnin. Memang isnin tu terpaksa la iman 100% ibu yang jaga. Erna melampau bz check satu per satu transaksi yang masuk ke akaun bank dan isnin juga erna balas satu per satu email, wutsup, msg. 

Ok, entry ni bukan nak bercerita tentang betapa bz nya erna sebagai seorang WAHM. Tetapi entry ini erna buat khas buat teman dunia akhirat erna. Pertemua kami bermula pada tahun 2006. Soalan pertama yang di ajukan oleh teman erna ni masa hari kedua dalam kelas diploma dulu, "ada basic engineering ye? aku ni student kelas sains. Mesti ko terror engineering kan?" Masa tu erna rasa apa tau??? "Eh, dah la baru kenal. Tiba-tiba cuit bahu aku dan aju soalan macam tu. Tu pun belum sempat aku jawab..ko dah bagi jawapan yang aku ni handal engineering..huh..siapa la budak ni.." Apapun, telah Allah takdirkan..dialah teman dunia akhirat susah senang erna. Dekat-dekat nak hujung semester kami mula rapat. Teman erna ni juga ada bagitau erna.."aku tak suka la saya awak..macam ada gap. Aku Kau ni best! Macam kita ni mesraaaa je.." Pulak! Erna pun ok je bila teman erna ni rasa macam tu.

Owh ye..nama teman erna ni, SITI MUNIRAH BINTI FAUZI. Erna panggil munir. Awal perkenalan erna panggil munirah. Lama-lama jadi munir pulak. Masuk semester seterusnya diploma, kami tak sebilik lagi. Tapi bilik kami selang satu pintu je di hostel. Bila masuk tahun dua diploma, erna AJK Kamsis dan erna boleh pilih mana-mana bilik yang erna nak. Erna pilih munir jadi teman sebilik erna. Ternyata pilihan erna juga telah Allah takdirkan sebab munir adalah pilihan yang tepat untuk erna. Kami sejiwa. Kami sehati. Kami sekepala. Kami kami kami..Munir adalah segalanya bagi ku walaupun masa tu kami sama-sama ada buah hati. Tapi, antara kami dapat rasa cinta yang mendalam =) Kami sebilik hingga tamat pengajian diploma.

Diploma
----------

1) Hari jumaat, munir dah balik bilik dulu. Erna pula singgah cafe. On da way balik ke hostel, kaki erna terseliuh. Memang sakit sangat-sangat. Menangis erna balik bilik masa tu..Munir la yang tolong jaga erna. Pimpin dan papah erna ke bilik air. Beli makan untuk erna. Bawa erna amik wuduk di bilik air. Paling tak boleh lupa daripada peristiwa ini..ada asg agama yang kena present. Nak tulis atas kertas mahjong yang warna putih tu..pastu munir yang siapkan semuanya untuk erna. Mulut munir cakap.."yang sakit kaki..tapi tangan tak boleh nak buat asg.." Tapi, hakikatnya..tangan munir terus laju....laju...menulis atas kertas mahjong. Siapkan asg erna tu. Terharu!

2) Erna pernah putus cinta tahap gaban masa diploma dulu. Zaman kanak-kanak jahiliah lagi masa tu. Memang frust sampai tonggeng. Bukan tonggeng sikit..tonggeng sampai tahap lecturer pun tegur perubahan pada erna. Dalam keadaan yang sangat sukar..(masa tu je la ngek fikir sukar kan..) munir la tempat erna mengadu. Munir la orang yang sentiasa bersama. Bagi semangat yang tak pernah putus. Munir cakap.."ko cantik. Tak kesah la mamat tu tak nak kat ko pun. kalau aku lelaki, dah lama aku bercinta dengan ko naa..senang.." Masa tu juga bertubi-tubi munir cium erna sambil sama-sama nangis.."Aku sayang ko naa..aku sayang ko..tak pe la mamat tu tak sayang ko pun.."

3) Pernah juga erna di boikot rakan sekelas diploma dulu. Hanya Allah yang tahu perasaan erna ni sepanjang satu tahun nak menamatkan pengajian diploma bila ada ujian sebegitu rupa. Siapa bersama erna? Munir..munir sentiasa bersama erna. Munir tak pernah lupa erna. Munir juga tak pernah hasut erna membenci rakan-rakan erna tu. Selalu minta erna bersabar dan mereka semua akan kenal erna seperti mana munir kenal erna. Kami selalu cakap.."tak pe la orang tak ajak kita outing ke pekan pun..tak ke pasar malam pun tak pe..kita kumpul duit makan di hotel lagi best!.." Dulu, ada hotel khas untuk student amali..so, setiap hari selasa dan khamis akan ada makan-makan buffet ataupun makan bertema di hotel tempat kami belajar. Tema Thiland, Western, Rusian, Arabian, Indian. Macam-macam. Bayaran sekali makan RM10. Tapi memang puas hati. Sebab kami di serve macam makan di hotel sebenar. Walaupun time makan di hotel tu..semua student yang serve. Masakan pun student yang masak. Kami enjoy! Bila ada je iklan makan-makan di hotel tampal kat notice board, kami cepat-cepat booked. Kenangan sungguh...

4) Kalau bab study dan buat asg, memang munir banyak sangat-sangat membantu. Ya Allah..bila tiba hari terakhir kami nak tamat study diploma, rasa sedih tak tahu nak kata. Kalau kami gaduh, munir belikan erna ais krim. Erna pun sama..kalau bergaduh, rasa diri bersalah..pergi koprasi. Belikan munir coklat ke..susu dutch lady ke..ais krim ke..Pernah juga kami bagi surat tau. Luah-luah perasaan. So sweet!

5) Kami antara senior yang di kenali. hihi..perasan! Tapi, inilah kenyataan. Sebabnya kami rakan kongsi jual t-shirt. Kami sama-sama ketuk pintu bilik 4blok asrama yang sanggup kami daki 4tingkat dari atas ke bawah. Kumpul order dan bila stock baju sampai dari supplier, penuh bilik kami ni dengan tshirt. haha..kenangan sungguh. Pastu erna ada jual top-up, buat printing service, kalau erna ada meeting AJK Kamsis, munir la take over bisnes erna. Tak minta upah pun. Baik munir =)

Ijazah
-------

1) Kuasa Allah, siapa yang tahu. Kami tak plan pun untuk apply kos yang sama untuk degree. Tak plan pun nak apply di Universiti yang sama. Tiba hari keputusan kemasukan pelajar ijazah, erna tolong semakkan untuk munir di internet sebab munir di kampung melaka. Result yang keluar tu buat erna menjerit kat office. Lepas diploma pernah juga kerja sekejap. Mana tak terkejutnya..kami dapat kos yang sama! Universiti yang sama! Ya Allah...macam tak percaya. Betul-betul takdir Allah! Hari pendaftaran pun kami berpimpin tangan buat pendaftaran bersama. Time orentasi degree, adik-adik matrix ni berebut nak mandi cepat nak gerak awal ke dewan. Erna dengan munir, relax tidur semula lepas solat subuh. Relax jalan slow-slow ke dewan. hahaha...konon-konon kakak berpengalaman. Tak takut ajk orentasi. hihihi

2) Sepanjang pengajian kami memang tinggal sebilik. Boleh kira tak..berapa tahun kami tinggal sebilik? Bila tak ada duit nak makan..kami tak minta pada ibuayah kami. Tapi kami jual la pape yang boleh di jadikan sumber kewangan. Pastu, pernah juga munir ada RM20. Kami kongsi sorang RM10. Baik sangat munir. Begitulah sebaliknya jika munir tak de duit..erna pula yang akan share duit dengan munir. Makan magie sama-sama. Makan pizza kat Kangar sama-sama. 

3) Erna juga pernah gagal satu mata pelajaran degree dan menyebabkan next sem tu erna tak boleh daftar satu subject dan tak boleh pergi kelas yang rakan-rakan lain pergi. Hari pertama kawan-kawan dan munir pergi kelas, erna menangis pagi tu. Sedih tak dapat pergi kelas. Sebelum pergi kelas, munir peluk erna dan cakap.."jangan sedih. aku pergi kelas dulu. Ko boleh fokus naikkan pointer" Makin laju air mata erna mengalir..Memang betul. Sem tu erna pulun study dan Alhamdulillah...dapat pointer paling power sepanjang pengajian degree. Alhamdulillah syukur...Munir sediakan semua bahan untuk erna study bila erna ambil subjek tu sem berikutnya. Munir sediakan nota, asg untuk erna buat latihan, soalan-soalan kuiz, test. Semua dah siap sedia untuk erna =)

4) Munir dan mai adalah teman setia erna sepanjang erna hamilkan iman. Mai? Mai adalah teman yang kami sama-sama baru temui di Universiti. Seawal penubuhan blog ni, ada bercerita macam mana erna berkahwin awal dan tempuhi pelbagai rintangan sebelum berumah tangga dengan jodoh terbaik pilihan Allah. Dalam blog ini juga ada erna catitkan pengalaman erna mula hamil hingga erna melahirkan iman tanpa suami di sisi. Munir dan mai adalah teman yang setia menemani erna sepanjang sakit nak menunggu jalan untuk iman keluar terbuka. Munir dan mai juga adalah orang yang saksikan saat-saat erna meneran lahirkan iman ke dunia. Ya Allah..munir dan mai adalah orang yang berusaha tunaikan apa sahaja yang erna nak makan ketika hamilkan iman. Mai dan munir yang sanggup hantar erna dari perlis ke airport penang. Hantar dan jemput. Mai dan munir segalanya pada erna sepanjang pengajian degree erna.

5) Sekarang kami sama-sama on da way Master dan Universiti yang sama. Bezanya..munir buat research dan erna course work. InsyaAllah..jika di izinkan nak konvo sama-sama =)

Jika nak catatkan kenangan bersama..terlalu banyak. Bukan mencecah ke lantai entry ni..boleh menyebabkan erna sakit mata! Sebabnya dari mula menaip entry ini..tak henti-henti air mata erna mengalir. Erna rasa bersalah sangat sebab tak sempat tengok munir di majlis akad nikah. Erna memang dah rushing sangat-sangat haritu. Malam sebelum pernikahan munir, erna tak boleh lelapkan mata. Rasa seakan tak percaya munir nak nikah. Malam sebelum erna nikah dulu..kul4 pagi baru kami sama-sama tidur. Munir yang tolong pakaikan erna inai masa hari perkahwinan erna. Munir yang bersama erna merawat segala yang berlaku sebelum dan selepas perkahwinan erna. Sampai tahap kami pernah cakap.."kalau erna ni perempuan, dah lama munir kahwin dengan erna. senang!" Tapi sekarang kami dah ada haluan sendiri. Sekarang walaupun munir dah di nikahi dengan kekasih awal dan akhir dia..Shahrul, munir tetap kenangan terindah dalam hidup erna. Kalau erna di beri pilihan untuk bawa  orang lain bersama erna untuk masuk ke syurga nanti..erna nak ajak munir bersama erna.










TAHNIAH TEMAN DUNIA AKHIRAT. BERBAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA

Share this:

,

CONVERSATION

10 comments:

  1. Sedihnya baca..terharu..akk xpnh ada kawan yg macam ni..seriis..mmg baikla.munir ni..

    ReplyDelete
  2. bestnya ada kawan camni...kawan baik i silih berganti...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok nana..as long as u still ada kawan yg baik :)

      Delete
  3. kak~~ bestnya ksk dgn kak munir.. may God bless you both~~ xoxo

    ReplyDelete