Tips Dan Petua Mudah Baiki Masalah Rumah Tangga

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.
Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang lain salah,kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaik tips Dr!

# SEBARKAN agar ibu bapa dan rakan-rakan membacanya!

TULISAN : Aidil Sahipaludin ( Pakar diari hati)

Perkongsian cerita di atas erna terbaca dari news feed muka buku. Perkongsian itu naik di news feed erna sebab ada seorang kawan sekolah lama share kisah dan perkongsian bermanfaat ini. Rasanya perkara ini adalah antara isu realiti yang melanda ramai anak gadis muda sekarang. Masing-masing sudah punya pasangan dan ramai juga memberanikan diri menyatakan hasrat untuk berkahwin pada usia muda kepada kedua ibubapa. Ada ibubapa menyokong, ada ibubapa membantah. 

Sejujurnya pernah juga melalui situasi seperti ini. Dimana, pernah memberanikan diri menyatakan hasrat pada ibuayah untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati. Permohonan di tolak mentah-mentah. Itu cerita beberapa tahun dahulu. Cerita lama. Cerita di kala masih muda mentah tak dapat menilai dengan baik. Bila terbaca perkongsian di atas, bertambah tinggi keyakinan pada Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik buat hamba-Nya. Alhamdulillah Ya Allah..

"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Jadikan pesanan ini sebagai tips hebat yang perlu menjadi pegangan hingga hujung nyawa. Sebab tu kita selalu dengar orang kata, jika rumah tangga bermasalah, kaji dari mana punca. Solat taubat. Mohon taubat dari Allah. Mohon agar rumah tangga sentiasa aman damai dan penuh kasih sayang. 

Lagi, sebelum kita nak tuduh orang lain salah, kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana.. Ingat! Sebelum nak tuduh orang lain salah, kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana.. Itulah pasangan kita. 

Kata guru, jangan doakan yang buruk tentang orang lain. Doakan kebahagian bersama hingga syurga. InsyaAllah...

Hadiah sebagai penutup entry ini. Sehingga berjumpa lagi di lain entry =)



JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, , ,

CONVERSATION

3 comments: