Tips SOHO (Small Office Home Office) Untuk WAHM (Work At Home Mom)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

Macam tak percaya, akhir bulan ini..genap 6bulan erna bergelar WAHM. Sepanjang 6bulan ini juga erna tak ada ruang SoHo @ small office home office yang khas untuk erna buat kerja. Yela..kejap ke rumah ibu, kejap di rumah erna. Ruang soho selama ni hanyalah berbekalkan meja makan dan kerusi di meja makan. Lain-lain dokumen, erna letakkan dalam fail. Cuma kedudukan fail berpindah randah. Alhamdulillah...kami sekeluarga selamat pindah ke rumah baru yang jauh lebih comel dari rumah yang lama. Sebelum berpindah lagi erna dah cakap pada suami, erna nak setup SoHo khas untuk erna. Mahukan ruang khas untuk erna bekerja. Suami setuju dan insyaAllah dalam masa terdekat ni nak laksanakan impian erna ni.

Memandangkan ruang rumah baru ni lebih comel dari rumah lama, erna perlulah menyediakan soho yang comel juga. Rumah baru ni ada 3bilik tidur. Bilik tidur utama dah setup sebagai bilik tidur kami suami isteri. Bilik kedua, untuk tetamu dan bilik kecil yang ketiga penuh...dengan barang-barang yang tak pakai. Termasuklah hadiah perkahwinan dan lain-lain item yang kami jadikan stor. Maka, terpaksa meletakkan ruang soho comel erna di ruang tamu. 

Mengapa pilih Perniagaan SoHo? 
Kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.

Tips memiliki SoHo sendiri;

1- Persedian mental dan fizikal. Dimana kita perlu sentiasa bersedia. Perniagaan bukan selalunya maju dan tinggi permintaan. Perniagaan ada pasang surutnya. Jadi, kita perlu bersedia dengan beberapa plan agar kita sentiasa dapat capai target jualan. Selain itu, suami juga perlu mamainkan peranan yang penting. Kerana, seawal pembabitan seorang suri rumah dalam dunia perniagaan SoHo, wanita itu sendiri masih perlu belajar cara menyesuaikan diri dengan perniagaan WAHM. 

2- Sentiasa menuntut ilmu. WAHM seperti erna perlu sentiasa menuntut ilmu yang berkaitan dunia pernigaan agar pengurusan perniagaan dan juga pengurusan rumah tangga anak-anak dan suami semuanya berada dalam keadaan teratur. Jangan sibuk menguruskan perniagaan, hal rumah tangga terabai dan jangan pula sibuk uruskan rumah tangga, segala tuntutan kerja pula tergendala. Jadi perlu bijak membahagi masa dan mencari ilmu berkaitan perniagaan yang di ceburi.

3- Fokus & berdisiplin pada perniagaan yang kita jalankan. Sememangnya memiliki ruang SoHo adalah sesuatu yang mengembirakan hati. Bukan sahaja boleh masuk ke SoHo hanya dengan pakai baju kelawar ataupun berkain batik. Tetapi, waktu kerja kita juga fleksibiliti. Terpulang pada kita ingin masuk pejabat pukul berapa dan keluar dari pejabat pukul berapa. Seeloknya..perlu ada jadual masa seperti kita di alam persekolahan dulu. Ini semua supaya kita lebih bijak mengurus masa bekerja dan menguruskan anak. Kalau kita tak ikut 100% jadual, sekurang-kurangnya kita ada guide line apa yang ingin di lakukan setiap hari. Contoh, erna ada iman..waktu tidur iman tidak menentu. Jadi, erna tidak 100% dapat ikut jadual yang di sediakan. Tapi, plan apa yang perlu di buat setiap hari nampak lebih teratur bila ada jadual perlaksanaan. 

4- Pilih ruang yang sesuai untuk SoHo anda. Perlu kenal pasti ruang dalam rumah yang sesuai untuk d jadikan ruang kerja. Ruang SoHo tidak semestinya perlukan ruang yang luas. Tidak semestinya sebuah bilik. Ruang bawah tangga, ruang di atas loteng rumah, ruang kecil dalam bilik tidur juga boleh di jadikan ruang SoHo. Apa yang penting adalah keselesaan dan ruang kerja mampu membangkitkan mood semangat untuk bekerja.

5- Pemilihan perabot yang bersesuaian dengan ruang kerja sedia ada. Maksud ruang disini,size meja kerja seharusnya bersesuaian dengan ruang yang ada. Kerusi yang bersesuaian dan peralatan lain untuk menempatkan fail-fail kerja serta peralatan kerja yang lain. Perlu ukur size sebenar perabot yang bersesuaian dengan ruang yang ada sebelum membeli perabot untuk setup SoHo.

6- Jika ruang SoHo adalah terlalu terbuka, contoh di tempatkan di ruang tamu rumah..keselamatan SoHo juga perlu di titik beratkan. Contoh, perlu sediakan sekurang-kurangnya satu laci ataupun ruang penyimpanan berkunci. 

7- Ruang SoHo WAHM seperti erna, sesuai di letakkan di ruang atau tempat yang memudahkan erna melihat pergerakkan iman. Jika SoHo anda di dalam bilik, pastikan sediakan juga ruang untuk anak anda bermain dan tidak menggangu anda bekerja. Bijak memilih ruang untuk keselesaan kita sebagai WAHM dan juga keselesaan untuk simanja kita.





P/S: Ini SoHo yang ada ruang besar. Ruang SoHo erna sangat comel. Nanti erna update SoHo comel erna ye..Semoga ruang SoHo comel erna nanti memberikan pulangan yang besar. InsyaAllah..

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. yg last tu cantik kan...semoga tercapai nk buat space SOHO untuk diri sendiri ye..barulah lagi semangat berbisnes..hehehe..nnt buat potluck la umah baruu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ asz. insyaAllah..maish lagi survey sana sini meja yang bersesuaian dengan ruang kecil yang ada. nanti datang rumah bawa ariff ye :)

      Delete