Main Lukis-Lukis | Shaklee Effect Omega Guard

Masa terus pantas berlalu. Terasa alahaiiiii berusia betul dah erna ni. Yelah hampir 3series dah ni. Berusia la tu kan? Kalau dulu zaman muda remaja dengar usia 30an tu macam dah tua sangat dah tu. Berusia matang betul. Sekarang, bila diri sendiri hampir ke angka itu rasa macam...eh tak apa..tak lah tua mana. 40an lagi tua. hehehe (ala ala tak sedar diri gitu :p)

Kenapa rasa tua? Sebab...anak semakin membesar. Pantas! Laju sangat membesar. Bulan depan Iman Zikir genap 3tahun. Allah..cepatnya dah 3tahun. Syukur Allah masih izinkan kami suami isteri jaga Iman Zikir. Iman Zikir ni kalau siapa yang biasa dekat dengan erna akan tahu macam mana kelakuan Iman Zikir. Sangat super aktif. Sampaikan tahap ummi pernah terfikir...Hyper betul anak ummi babah ni.

Tapi bila ke sekolah, buat discussion dengan Teacher Watie, minta pendapat teacher watie, teacher cakap..Iman Zikir ni normal. Tahap aktif Iman Zikir tu..adalah aktif kanak-kanak normal yang menggunakan segala skill yang dia ada dan dia tahu. Sampaikan erna pernah cakap pada ayah..rasanya dalam tulang kaki Iman Zikir ni ada spring dan roda. Sebab...sepanjang masa Iman Zikir akan melompat dan berlari. Even dalam rumah comel kami pun dia prefer untuk lari-lari. Tu beroda dalam kaki. Tak nak jalan. Suka lari lompat. haih la..risau ummi ni kalau abang terpijak adik.

Masa cuti CNY haritu, Iman Zikir ni suruh la ummi main lukis-lukis. Erna pun lupa board lukisan tu siapa belikan. Cik yin kot. Rasanya cik yin. Cik yin ni aunty iman side babah. Adik kepada suami erna. Aunty aunty iman side babah memang win kalau bab-bab beli toys ni. Memanjang beli toys untuk iman. Banyak sangat! Sampai erna ada juga cakap kat mommy iman, (mommy ni kakak kepada suami) beli yg murah dan biasa je. Kalau tak beli pun tak apa. Nanti iman dah mula pergi kindy/school erna nak dia capai sesuatu kejayaan dalam pelajaran dia contohnya..then baru erna nak belikan dia special toys sebagai hadiah bila dia berjaya capai sesuatu yang boleh anugerahkan dia toys as a gift. Tapi biasalah aunty...sayang sangat sangat kat anak saudara. Tu kalau boleh..toy r us nak dibeli hadiahkan kat Iman dan tak lama lagi Taqwa pula. Get ready aunty aunty sekalian. Taqwa pun akan request toys, cd etc. Hahaha...


So, berbalik pada cerita Iman Zikir mintak ummi main lukis-lukis...

"Ummi lukis banana.."
"Ummi lukis pokok.."
"Ummi lukis hujan.."
"Ummi lukis ulat.."

Ok, semuanya menepati piawaian Iman Zikir. Sebab lepas ummi lukis tu..dia suruh lukis yang lain dan itu bermakna dia puas hati dan faham apa yang ummi lukis atas board tu. Taqwa Ammara pula sibuk la dia nak capai-capai board ummi pegang.

Tiba-tiba.......

"Ummi lukis ultraman tiga.."

Aduiii ummi yang tak berapa hebat nak melukis ni anak ku. Dulu study pun ummi bukan ambil seni lukis. Ummi ambil subjek lukisan kejuruteraan adalah. huhuhu...

Tak nak hampakan permintaan Iman Zikir, Erna pejam mata, bayangkan rupa ultraman tiga. Bukak mata dan lukis. Excited ni dua beradik duduk tepi kaki ummi menunggu hasil lukisan ummi. Bila siap je erna lukis...

"Ummi lukis hantu? Iman takut lah!.."

Hahahahaha.........tergelak kuat erna dalam hati. Gelak dalam hati je la. Tak lah gelak kuat-kuat depan Iman Zikir. Untuk menjaga reputasi that we can call ego kot sebagai seorang ummi, erna pun jawab pertanyaan iman..."Ultraman Hantu"

Sempat juga ummi snap pic dua beradik bersama hasil lukisan penuh kasih sayang daripada Ummi.

Anda semua..pembaca-pembaca blog erna, nampak rupa Ultaraman ke rupa Hantu? jujur plz... hahaha

Inilah Shaklee Effect anak makan Omega Guard Shaklee, Set Anak Pintar!


Masa tak boleh dibeli. I love u Iman & Taqwa!

Erna adalah Pengedar Sah Shaklee Puchong.
Erna mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2012. Bermula dengan Set Penyusuan dan GLA Complex dan mula konsisten Januari 2013. 
Nak beli produk Shaklee boleh COD Area Puchong

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
 

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment