Taqwa Solid Food | Bagaimana Memperkenalkan Solid Food Kepada Bayi 6bulan?

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang

Taqwa Ammara kesayangan ummi sepatutnya mula makan 10 Januari 2015. Ikut tarikh ni, umur Taqwa genap 6bulan. Tapi entah kenapa, erna rasa Taqwa ni macam tak get ready je nak makan. Ummi bukan tak excited..excited. Sangat excited nak bagi Taqwa makan solid food. Tapi, ibu pun cakap Taqwa ni nampak ok je. Tak pun tunjuk ciri-ciri nak makan tangan ke nak makan kaki ke. Paling syok untuk taqwa susu ummi. Bak kata babah..."susu ummi makanan paling win untuk taqwa.." Alhamdulillah..setakat hari ini, taqwa masih bayi susu ummi.

Officialy taqwa mula makan bila usia dah nak masuk 7bulan. Lambat juga erna mula bagi taqwa solid food. Solid food pertama taqwa buah lie. Tak tahu lah dalam banyak-banyak buah, buah lie yang erna pilih untuk jadikan solid food pertama taqwa. Masa abang iman dulu, makanan pertama dia adalah buah pisang+susu ummi. Ni taqwa ummi bagi buah lie+susu ummi. Alhamdulillah..taqwa makan ok je. Sebiji tu makan 2-3x. Erna bagi taqwa 3hari je buah lie. Lepas tu tukar bagi Japanese Sweet Potato pula. Ini dia suka. Sementara erna nak pam susu fresh untuk campur dalam sweet potato, ibu suap lenyek-lenyek tanpa susu. Laju je taqwa makan. ngap ngap masuk dalam mulut. Comel sangat ni suka makan sweet potato. Ummi pun suka jugak. hehehe

Masuk next menu bagi apple, taqwa dah slow sikit. Macam tak berapa gemar apple. Ini sebijik abang iman. Iman dulu pun tak berapa gemar apple. Taqwa pun nampak gayanya macam sama. Tak berapa suka apple. Lagi satu kesimpulan yang erna dan ibu boleh buat adalah...taqwa macam tak berapa beriya pun nak makan. Susu ummi? susu ummi jangan cakap..memang tak pernah tolak. Pantang suakan nenen, laju je dia hisap nenen. 

InsyaAllah bermula next week ni, erna nak try bagi sayuran pula. Apa yang ada dalam plan nak bagi carrot, labu, lepas tu nak campurkan puree puree yang passt pada taqwa. Kot nanti ummi start menumis dan bagi yang sup sup sikit ke..mungkin itu kena dengan selera taqwa. kot. Kot lah..ini pun tak sure lagi. Tengoklah macam mana nanti selera baby girl ummi ni. Memang setiap anak tu..tak sama selera, cara penjagaan, dll. Beza. Memang berbeza. Erna yang ada anak 2orang ni pun dah mula nampak beza adik dan abang. Iman dan Taqwa.

----------- Ini nota yang erna ambil dari entry lepas untuk rujukan kita bersama.

Dalam entry ni, erna nak berkongsi dengan bakal ibu, ibu-ibu dan juga nota untuk simpanan erna sendiri untuk masa hadapan mengenai pengenalan solid food kepada baby yang berumur 6bulan keatas. Nota ni nota mudah faham untuk erna. harap mudah juga untuk ibu-ibu semua.

Kenapa 6bulan keatas baru start bagi solid food? Kenapa bukan 4-5bulan? Sebabnya..ibu-ibu harus menyusui baby mereka dengan susu ibu sekurang-kurangnya hingga berusia 6bulan dan tidak dicampurkan dengan sebarang makanan lain. Termasuklah air masak. Tidak perlu air masak tu ye..

Alhamdulillah, Taqwa adalah baby susu ummi sepenuhnya hingga berusia 6bulan++ . Kalau ikut kata ibu-ibu otai dalam susu ibu, dah dapat Diploma Penyusuan. InsyaAllah erna nak teruskan penyusuan untuk Taqwa hingga Taqwa berusia 2tahun. Kalau lebih lagi, alhamdulillah...

1. Baby yang baru diperkenalkan dengan solid food, cukup sekadar makan sekali sehari. Nanti kalau dah biasa dengan solid food, boleh la bagi makan 2-3kali sehari. Mengikut pengalaman sendiri, awal pengenalan makanan kepada Iman dulu pun, Iman hanya makan sekali je sehari. Macam taqwa ni..erna bagi taqwa makan dalam pukul 12-2 anggaran dalam masa tu la erna akan bagi taqwa makan.

2. Jangan paksa baby makan banyak-banyak. Kali pertama bagi taqwa makan, alhamdulillah..taqwa makan. Tapi bukanlah banyak pun. Lagipun puree pertama erna buat macam tercair sikit. Kesian anak ummi. Tercair pulak dah ummi buat puree tu. hihihi. Hari kedua dan seterusnya, taqwa memang makan sikit je. Sebiji buah tu boleh makan 3x 4x.

3. Mula beri anak makan dengan makanan yang sangat lembut. Maksud erna, bermula dengan puree. Erna memang tak plan untuk terus beri taqwa makan bubur nasi. Langkah yang sama erna ambil macam iman dulu. Mulakan dengan puree buah-buahan. So, erna memang sediakan puree untuk taqwa. Plan erna memang dari awal, bermula dengan beri puree buah. Next, nak kenalkan taqwa dengan puree sayuran pula. Inipun taqwa tak berapa nak makan. Sikit je makan. Tapi ok la..inilah pengenalan untuk Taqwa. Next, baru nak campurkan buah dan sayur.

4. 4day rule. Ini pulak rule yang memang erna guna pakai dan semua ibu boleh guna cara ini. 4day rule ni, kita akan bagi baby makan ikut menu yang sama ikut selang 4hari. Contoh, hari isnin bagi baby makan puree pisang hingga khamis. Jika tiada masalah penghadaman dan tak naik apa-apa alergi, maknanya baby anda ok dan sesuai dengan makanan yang anda beri. Jumaat, boleh bertukar kepada menu yang baru =) Tapi taqwa untuk step ni erna bagi dalam 3hari je. So far alhamdulillah..semuanya ok.

5. Pelbagai jenis buah kita boleh beri pada baby kita. Tapi jangan bagi buah yang berasid tau. Contohnya buah oren. Walaupun oren tu manis, sangat tak sesuai untuk baby. Ini plan puree buah untuk kesayangan erna, Taqwa Ammara; =)

- Puree Lie

- Puree Pisang

- Puree Pear

- Puree Betik

- Puree Avocado

Untuk puree sayur pulak, erna plan bagi; Jangan beri sayuran yang berangin atau sejuk ye. Kesian baby tau..

- Puree Labu

- Puree Kentang

- Puree Carrot

- Puree Sweet Potato

Kalau dah jemu dan ketandusan idea, erna akan campur je buah dan sayuran dalam satu hidangan untuk Taqwa.

6. Digalakkan campurkan puree yang kita buat dengan susu ibu. Sebab rasa susu ibu masih kekal dalam hidangan dan baby takkan rasa terlalu pelik dengan makanan baru yang diterima. Susu ibu kan perisa yang sedap dan selamat untuk baby kita.

7. Tekstur makanan untuk baby yang baru mula makan ni, biarlah halus mulus. Macam mana nak tau halus, kita try angkat makanan tu dengan sudu dan jika puree mengalir jatuh dari sudu, itu tandanya puree cukup halus mulus dan sesuai untuk baby makan.

Baby Foods Charts

ENAM Promosi Shaklee Februari 2015 


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN,  SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, SUNWAY, SUNGEI WAY, boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment