35w+ Check Up Punya Cerita
Minggu lepas baru je lepas check up dengan Dr. Raja Juhaidah. Sampai pukul11.30 kat hospital, appoinment pukul11.20 sebenarnya. Dalam waiting list, erna orang ke 6. Maka, laju-laju erna ke cafe makan dulu. Nak tunggu turn macam lama lagi. Masuk je pintu bilik dr. Raja, berdebar hati ini. Yelah..last check up 2 minggu lalu (ada erna ceritakan dalam ENTRY INI) babyT masih menyongsan. Ketika itu, usia babyT 33+w dalam kandungan ummi. Check up semalam, babyT 35+w.
Memang masuk je bilik Dr. Raja, terus Dr. Raja suruh baring atas katil nak scan babyT. Nak tengok menyongsang atau tak. Bila Dr. Raja cakap.."alhamdulillah dah ok. Kedudukan ok. Normal.." Rasa nak melompat bintang dalam bilik doktor semalam. ahahaha.
Alhamdulillah...semua ok. Dr.Raja check kepala, perut, tulang peha, denyutan jantung,semuanya sihat. Paling mengejutkan erna, berat babyT yang terkini pada usia 35w+ mencecah 2.9kg . Wah...sihat betul! Dr. Raja cakap ada 5minggu lagi sebelum expected date. Baby boleh cecah 4kg++ terkejut erna bila Dr. Raja cakap macam tu. Yelah..semakin matang baby kita, fat/lemak pada badan baby lagi cepat naik. Jadinya memang tak mustahil babyT boleh sampai 4kg++ Abang iman dulu, lahir 37w++ berat 2.85kg sahaja. Manalah erna tak terkejut kan.
Apapun, syukur..sebab hasil ujian yang dibuat dari awal mengandung, memang erna tak ada masalah GDM (Diabetis ketika hamil) syukur sangat-sangat. Cuma, diakhir-akhir kehamilan ni, erna kena kawal pengambilan karbohidrat dalam diet harian erna. Memang sepanjang hamil ni, erna sangat berselera makan. Tak ada masalah selera makan. Semua pun erna suka makan. Lapar memanjang dan enjoy kehamilan kalini.
InsyaAllah 20 June ini akan ada next appoinment dengan Dr. Raja. Harap babyT sihat dan bersiap sedia nak jumpa ummi, babah, abang Iman serta seluruh ahli keluarga yang menanti kehadiran babyT ^___^
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala
testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk
merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang
mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan
terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment