Tips Kesuburan Untuk Lelaki

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Bila sebut soal kesuburan, wanita yang sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Wanita juga yang selalunya sibuk untuk bertemu doktor dan mencari jalan penyelesaian untuk masalah ketidaksuburan. Tetapi tahukah anda, lelaki juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan? Kajian menunjukkan di setiap 3 pasangan, 1 pasangan adalah berpunca dari lelaki.

Entry ini, erna akan kongsikan Tips Khas Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki. Sesuai dibaca oleh;

  • Suami isteri yang telah lama menantikan kehadiran cahaya mata
  • Suami isteri yang teringin nak tambah lagi anak
  • Pasangan baru kahwin yang berhasrat dapatkan anak cepat
  • Pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan dan ingin memastikan diri subur

 

TIPS PERTAMA – Elakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Tahap Kesuburan


Ada beberapa perkara yang boleh dielakkan bagi mengurangkan tahap kesuburan seorang lelaki.

1. Jangan Pakai Seluar Yang Ketat

Ini termasuklah seluar dalam (spender) yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut'. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam (spender).

Pakai Boxer Adalah Lebih Baik Daripada Seluar Dalam
Boxer atau Seluar Dalam?

2. Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia dan Radiasi

Sinaran-X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.

Lelaki elak terkena sinaran-x jika ingin subur
Bahaya Sinaran-X

3. Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas

Cuba elakkan untuk bersauna atau mandi air panas yang terlalu lama. Kerana ianya tidak elok untuk kesuburan dan ia boleh menyebabkan kilang telur mengalami kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.

Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Seboleh mungkin, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.

Bahaya letak laptop atas riba kerana boleh matikan sperma
Jangan Letak Laptop Seperti Gambar Diatas ini.

TIPS KEDUA –Makan Makanan Yang Sihat

Adalah penting untuk anda menjaga diet pemakanan anda. Pemakanan adalah berkait rapat dengan kesihatan dan tahap kesuburan.

1. Makan Makanan Kaya Antioksida

Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.

Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protin dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.

2. Amalkan Pengambilan Suplement

Dapatkan suplemen yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.

# Untuk dapatkan supplement yang bersesuaian dengan masalah kesuburan suami dan isteri, boleh hubungi 013-3357696 erna. Perbincangan dan konsulatsi berkaitan produk boleh dijalankan melalui watsap.

3. Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma

Minuman beralkohol serta kopi dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, memang sah-sah lah anda tak boleh minum minuman beralkohol. Jangan makan daging terlalu kerap.

 

TIPS KETIGA – Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat


Kebanyakkan orang ambil mudah tentang kesihatan. Sedangkan mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah antara cara yang paling mudah.

 

1. Berhenti Merokok & Jauhi Perokok

Kalau anda seorang perokok dan inginkan anak, sila berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri.Sila Berhenti Merokok. Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.

 

2. Kurangkan Stres

Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.

Stres terlampau ganggu penghasilan sperma berkualiti
Stres Punca Lelaki Tidak Subur
Antara cara untuk mengurangkan stres adalah bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.

 

3. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal

Orang yang terlalu kurus atau terlalu gemok dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’.

 

4. Jangan Ketagih Dadah

Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Ada juga dadah yang boleh mengecutkan ‘kilang sperma’ sekaligus menghilangkan kelelakian seorang lelaki.

 

TIPS KEEMPAT – Dapatkan Khidmat Pakar

Jumpa Doktor Sakit Tuan Untuk Rawatan Kesuburan
Doktor Sakit Tuan

Kadang-kadang anda dah cuba semua cara di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada ‘soal rezeki’ semata-mata, silalah bertanya pada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunya daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu diubati terlebih dahulu.

#kredit #kredit

# Untuk dapatkan supplement yang bersesuaian dengan masalah kesuburan suami dan isteri, boleh hubungi 013-3357696 erna. Perbincangan dan konsulatsi berkaitan produk boleh dijalankan melalui watsap.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;

nda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment