Punca Kitaran Haid Tidak Teratur

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah..selesai berpuasa untuk semua umat islam. Erna pulak dah empat hari tanda dalam kalender kena ganti puasa lepas habis Ramadhan ni nanti. Huhu..tak mengapalah. Haid normal tanda badan dan dalaman kita sihat. Jadi, tak nak mengeluh bila di datangi darah haid walaupun masa tu dah pukul 3.40ptg hari pertama berpuasa. Syukur alhamdulillah haid normal. Sebab masih ramai wanita yang rungsing haid mereka huru hara. Bila haid tak regular..nak merancang kehamilan pun sukar. Ada juga yang mengaitkan masalah haid tidak teratur dengan kesuburan.

Kitaran haid yang tidak menentu adalah antara tanda masalah kesuburan. Ia mungkin berkaitan dengan masalah ovulasi yang sepatutnya berlaku pada setiap kitaran haid. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.

1. Gangguan Hormon
Ovari menghasilkan terlalu banyak telur namun sayangnya telur berkenaan tidak sampai tahap matang bagi membolehkannya melalui proses persenyawaan. Di dalam diri setiap wanita terdapat dua jenis hormon yang dikenali sebagai luteunizing hormone (LH) dan follicular stimulating hormone (FSH). Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari bagi menghasilkan telur. Dalam hal ini, FSH merangsang ovari untuk menghasilkan telur manakala LH pula ditugaskan untuk mematangkan telur.

Apabila ketidakseimbangan hormon berlaku, ratio FSH dan LH tidak betul. Hal ini menyebabkan tahap LH tidak cukup untuk menampung bilangan telur yang banyak.

2. Genetik
Masalah ini turut dikaitkan dengan ketidakseimbangan gula di dalam badan. Ini bererti wanita berkenaan menghadapi masalah penghadaman gula. Biasanya golongan ini berisiko untuk menghidap kencing manis. Oleh yang demikian, sejarah ahli keluarga dapat dijadikan rujukan untuk mengenal pasti masalah haid yang tidak normal. Setelah itu, ia disahkan melalui ujian darah, imbasan ultrasound, laparoskopi dan sebagainya.

3. Mengandung Tanpa Sedar
Ada juga kes wanita yang mengandung tetapi tidak menyedarinya. Mereka sebenarnya mengandung tetapi pada masa yang sama keluar darah, yang disangka haid. Namun, hakikatnya darah yang keluar itu bukan haid tetapi lendir yang berwarna coklat seolah-olah darah haid.

4. Hormon Prolaktin Tinggi
Peningkatan paras hormon prolaktin yang terlalu tinggi menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala. Wanita yang mengalami keadaan sedemikian sering kurang subur. Walaupun seseorang wanita itu belum mempunyai anak atau tidak menyusukan anaknya, masalah ini tetap boleh berlaku. Biarpun belum ada anak ataupun tidak lagi menyusukan anak, kelenjar pituari tetap merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Keadaan inilah yang mengganggu kitaran haid.

5. Ubat-ubatan
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu kitaran haid. Pengambilan ubat berkenaan boleh menyebabkan penghasilan hormon prolaktin yang tinggi. Ubat yang dimaksudkan ialah daripada jenis antipsychotic (biasanya digunakan bagi merawat pesakit skizofrenia) atau ubat yang diambil untuk tempoh jangka masa panjang.

6. Daging Berlebihan
Masalah ini dikenali sebagai polyp. Ia adalah daging berlebihan yang keluar daripada lapisan mukus. Ia boleh tumbuh dari dalam faraj, rahim, pangkal rahim atau mana-mana bahagian pun sehingga menyebabkan pendarahan apabila berlaku geselan antara daging dengan bahagian berkenaan. Atas sebab inilah pendarahan tidak menentu berlaku.

7. Masalah Pangkal Rahim
Pangkal rahim yang kecil atau tertutup (stenosis) boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Darah haid yang sepatutnya keluar tidak boleh berlaku disebabkan masalah pangkal rahim wanita berkenaan terlalu ketat ataupun tersumbat. Walaupun begitu, ia amat jarang sekali berlaku.

8. Perdarahan Selepas Persetubuhan
Ini adalah satu tanda bahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika berlaku kepada wanita dalam lingkungan umur 30-an yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser ataupun jangkitan kuman.

9. Kanser
Kanser di bahagian rahim atau pangkal rahim turut sama menjadi antara penyebab haid tidak menentu.
Cara Untuk Atasi
Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Ini termasuklah :

1. Pemeriksaan ultrasound bagi melihat keadaan rahim dan ovari.
2. Pemeriksaan pap smear.
3. Pemeriksaan darah untuk melihat tahap hormon.
4. Diagnostic dilatation and curettage (DDNC) bagi melihat bukti kanser di dalam rahim.

Berdasarkan hasil ujian berkenaan, doktor akan merawat mengikut keputusan yang diperoleh. Sekiranya terbukti wanita berkenaan menghidap kanser, pembedahan akan dilakukan; jika ia melibatkan jangkitan kuman, antibiotik atau antifungal akan diberi; kalau ia berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon, doktor akan cuba membantu dengan menyeimbangkannya menggunakan hormon tertentu seperti pil perancang keluarga.



Sedikit info mengenai GLA Complex 

- GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

- Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

- Dalam kes diabetis, ianya mampu menghalang komplikasi diabetis dengan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan rasa kebas2 dan kesakitan.

Untuk Wanita, GLA Complex membantu anda,

* Menstabilkan Hormon
* Membantu membetulkan kitaran haid
* Membantu meingkatkan tahap kesuburan
* Membantu penurunan berat badan
* Mencantikkan kulit

Dibawah ini adalah antara testimoni customer yang berpuas hati. Alhamdulillah...




Untuk dapatkan tips serta panduan makan yang betul untuk GLA Complex, anda boleh hubungi saya..

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA KEAHLIAN ISTIMEWA, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


P/S: BULAN JULAI ADALAH BULAN PROMO GLA COMPLEX. DAPATKAN HARGA ISTIMEWA DARI SAYA. HUBUNGI SAYA SEKARANG JUGA.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment