Selamat menyambut Ramadhan 2013

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah bakal memasuki bulan Ramadhan. Ramadhan ketiga bersama iman. Ramadhan pertama dulu, iman masih dalam perut ummi. Ramadhan kedua, usia iman dalam 5bulan. Ramadhan tahun ini..usia iman 1 tahun 3 bulan. Makin mencabar Ramadhan ummi tahun ni sebab anak bijak ummi makin membesar..makin banyak akal fikirannya. Ada saja aktiviti kanak-kanak bijak ni.

Masih teringat lagi kenangan Ramadhan 3tahun lalu..Ramadhan pertama bersama suami. Dalam bulan puasa juga kami suami isteri dapat tahu yang erna mengandungkan iman. Happy sangat..betul-betul hadiah Ramadhan buat kami suami isteri. Masa tu, baru saja 3minggu usia perkahwinan kami. Lewat period 3hari terus check. Terus ke klinik swasta dan klinik kerajaan. Excited punya pasal kan! Syukur..walaupun ummi mengandungkan iman, tak ada alahan langsung. Bila dah balik Unimap pun, erna relax je ke kelas. Betul-betul Allah permudahkan urusan erna. Allah betul sayang kami suami isteri. Alhamdulillah...syukur Ya Allah. Iman segalanya pada kami.

Semoga dapat jalani ibadah puasa tahun ini dengan lebih khusyuk dan sentiasa dalam redha Allah. Amin

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment