RESEPI: Bayam Masak Lemak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sepanjang Ramadhan ni tak pernah lagi erna up entry masak memasak. Tak up entry masak memasak ni bukan bermakna erna tak masak tau! Suami siap request nak makan itu ini. Tapi, erna tak masak banyak-banyak lauk. Masak simple-simple. Sebab kami makan 2 orang je. Tunggu iman besar sikit, adik iman besar sikit, adik kepada adik iman besar, boleh la ummi masak 2,3 lauk makan ramai-ramai. Baru best! Cer kira dah berapa orang adik beradik iman time ummi akan masak banyak-banyak tu. hihi. Alhamdulillah kita dah masuk Ramadhan ke-12 dan baru la erna sibuk nak up entry masak memasak. Ini pun resepi yang sangat mudah dan sesuai sangat la di sediakan oleh ibu-ibu yang bekerjaya, balik kerja terus masuk dapur. Sempat lagi erna snap snap pic time masak..baru lah meriah kan perkongsian resepi ni.

Bahan-bahan Bayam Masak Lemak
============================

-Bayam
-Bawang merah 2-3 biji
-Ikan bilis 10ekor
-Cili merah 2tangkai
-Santan (erna guna santan serbuk dalam paket)
-Ubi kentang
-Garam/bahan perisa

Cara penyediaan Bayam Masak Lemak
===============================


Masukkan air, ubi kentang, hirisan bawang merah, hirisan cili merah, ikan bilis dan biarkan biarkan sampai mendidih


Selepas ubi kentang empuk, masukkan santan sikit demi sikit dan kacau sentiasa


Masukkan bayam sekejap sahaja dan kacau-kacau. Masukkan garam secukup rasa. Matikan api..


Tadaaaa siap untuk di makan. Senang je kan?

ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

,

CONVERSATION

1 comments:

  1. Oi sedap ni..beriya aku ingat makanan baby..sekali bukan da..hehe//

    ReplyDelete