Cuaca Dalam Rumahtangga.
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Mood ibu mempengaruhi 'cuaca' dalam rumahtangga, iaitu tenang, ribut, suram, bahagia, sedih, sejuk atau panas.
Yang mempengaruhi mood ibu pula ialah suaminya.
Jadi, hadiah terbaik dari bapa untuk anak-anaknya ialah gembirakan hati ibu mereka.
Ibu yang gembira, didikan anak-anak dan rumahtangganya akan diurus dengan baik dan teratur.
Ibu yang hatinya disakiti, anak-anak sering dimarahi dan sukar dapat ketenangan bila berada di dalam rumah.
Peranan ibu besar untuk menghidupkan cuaca harmoni dalam keluarganya.
Peranan bapa lagi besar untuk memastikan ibu kepada anak-anaknya sentiasa menentukan cuaca yang tepat dan betul supaya anak-anaknya 'selamat' di dunia dan akhirat.
Wanita bukan untuk difahami, kerana boleh jadi gila jika cuba untuk faham semuanya.
Hanya perlu disayang. Sayanginya selagi dia tidak membelakangkan Allah, Rasul dan suami.
#perkongsian daripada kak ina , rakan muka buku.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
0 comments:
Post a Comment