Iman Zikir 2 tahun

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Terlambat sudah ummi update entry penting ni. Tapi lambat bukan bermakna tak ingat. Cuma kekangan masa nak menulis. Entah penyakit apa sejak mengandung ni selalu je entry masuk draf. Sempat taip 2-3baris, masuk draf. Pastu sama lagi, lagi dan lagi. Nak kata nak berniat nak menulis, ada..nak sangat-sangat sharing dalam blog. Tapi tulah..betul-betul bz. Jangan kata duduk rumah banyak sangat masa extra. Duduk rumah dan bisnes macam erna ni lah ada je kerja nak dibuatnya. Manakan iman, diri sendiri, rumah. Owh alasan sungguh. Eh, tapi ni bukan alasan tau. Ini betul-betul.. =)

Entry ini sebenarnya khas ditujukan kepada buah cinta pertama erna dan suami.

ALLAH SELAMATKAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN MUHAMMAD IMAN ZIKIR..
ALLAH SELAMATKAN KAMU..

Kejap masa berlalu, iman dah pun genap 2tahun pada 30hb March 2014 lepas. Tak ada majlis besar pun untuk iman. Sebabnya..ummi dan babah ada planing lain untuk abang iman nanti. InsyaAllah semoga planing ummi dan babah itu, termakbul dan dipermudahkan Allah sampai ke hari kejadian nanti.

28hb March kami bertolak ke kampung ayah di Kedah ada majlis perkahwinan sepupu. Jadinya, 30hb March tu kami masih diutara. Erna decide untuk belanja semua tidur hotel terutamanya abang Iman yang sangat suka mandi pool di hotel. Lepas pool, biasanya Iman sambung pula bath tab dalam bilik. Nanti kalau ummi dah beli rumah besar..ummi sediakan bath tab untuk iman ye sayang..Owh ye..Mudah betul cara booking hotel melalui Agoda guna apps andriod. Asalkan sedia duit, terus je klik klik booking. Sampai lobi hotel terus dah ada nama erna bila nak check in masuk. Memandangkan tak tahu nak booking hotel mana dan terus je teringat Hotel Hydro yang rakan leader ada cerita.

Iman yang sangat bijak, kalau ummi nak cerita semua tentang iman, memang tak cukup masa dan panjang mencecah lantai la entry ini.

Pencapaian Iman setakat umur 2tahun ini, sambil main boleh kira 1-10 dalam bahasa melayu dan english. Baca A-Z. Aliff Baa Taa tidak teratur bacaan. Doa makan, Doa Tidur, Cakap memang sangat banyak. Itu ini pandai cakap. Bahaya kalau cakap apa-apa depan iman. Semua pun di afollow dengan jayanya. Jelas! tu yang merisaukan ummi bukan risau apa, risua kalau-kalau ada yang tersalah cakap, laju je iman ikut. Progress iman syukur alhamdulillah...menggembirakan ummi dan babah. Semoga terus membesar jadi anak soleh, berjaya, baik, dan semoga hanya yang baik-baik datang kepada mu wahai anak..buah cinta pertama ummi dan babah. Di lindungi Allah dunia dan akhirat. Amin

Iman, syukur..Allah izinkan ummi untuk susu kan iman selama 2tahun. No Formula Milk masuk ke perut iman. Terima kasih Allah..Terima kasih babah..Terima Kasih ibu..Terima kasih semua yang menyokong erna dalam usaha melaksanakan impian menyusukan iman 2tahun genap. Officialy Ummi Grad! Iman 2 tahun genap minum susu ummi hingga hari ini. Alhamdulillah...........

2tahun kesayangan kami

Geram sangat! Adakah baby T macam ni juga nanti? Sama comel macam abang iman ^___^

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment