DIARI HAMIL UMMIERNA : EPISOD 5 - Newborn Baby Checklist

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Kandungan masuk 7bulan, erna masih relax-relax lagi tentang kelengkapan baby T.
Ada juga beli sikit-sikit sebelum ni, tapi tak lah beli banyak sangat.
Kebanyakkanya sebelum ni cuma beli pakaian je untuk baby T.
Lain-lain, erna sempat google dan jenguk ig je. Membeli belum lagi.

Bz sangat ummi ni sayang..

Tapi sejak akhir-akhir ni, ibu yang selalu ingatkan erna untuk cepat-cepat buat persiapan baby T.
Ibu cakap, manalah tahu kalau-kalau baby T keluar awal daripada tarikh yang di jangkakan.
Yelah siapa jangka kan? So sekarang ni bermulalah misi melengkapkan segala keperluan baby T.

Disebabkan dah ada pengalaman daripada iman dulu,
jadi erna taklah panik sangat. Tahu apa yang betul-betul perlu dan
apa yang keinginan nafsu semata. Selain dari itu, ada juga sesetengah keperluan
baby T nanti, guna yang abang iman punya dulu. Sebab masih elok..

Excited tu mestilah ada. Cuma, bila dah masuk anak kedua ni,
lebih kepada berhati-hati nak membeli. Tahu mana yang perlu dan tidak.

Baby [PAKAIAN]

1 Baju harian @ siang-10 helai- complete! ada yang beli dekat Anakku, Tesco, Jusco, campur-campur.
2 Baju malam @ tidur-10 helai- complete! ada yang beli dekat Anakku, Tesco, Jusco, campur-campur.
3 Romper dan Jumpsuit- Romper ada 5helai. Jumpsuit tak beli pun lagi. Plan nak juga beli dalam 3helai je nanti
4 Baju jalan2- ada 2pasang je setakat ni. Nanti boleh tambah bila baby T dah start boleh keluar jalan-jalan.
5 Legging @ Baby Tight- Setakat ni ada 3je. Boleh pakai dengan rompers nanti.
6 Mittens & Booties- 10set complete! Kalau campur abang iman punya lebih 20set
7 stocking- stoking 3d tu ada 12pasang.
8 Bonnet @ topi- 3topi je ada. Mungkin akan tambah lagi 2 kot
9 Sapu Tangan- Belum beli lagi
11 Barut- Belum beli lagi
12 Bedung- Nenek dah sediakan 5helai kain bedung buat sendiri. Nenek cakap tak payah banyak-banyak. Nanti basuh dan plan nak beli dalam 3helai bedung moden sekaarang ni.


Diapering 

1 Diapers @ Lampin pakai buang- Belum beli lagi
2 Wet Tissue- Belum beli lagi
3 Changing mat- Plan nak guna yang abang iman punya. Tapi, tak tahu mana ummi simpan. Kalau tak jumpa, kenalah beli yang baru nanti
4 Detergent khas pencuci baju- Pakai pencuci baju abang iman
5 Botol sembur air- Pakai yang memang sedia ada kat rumah ni. Kot-kot nak pakai ke nanti. Standby je..


Baby Care dan Grooming 

1 Bedak Bayi - Belum beli lagi
2 Losyen Bayi - Belum beli lagi
3 Minyak Bayi (Baby Oil) - Belum beli lagi
4 Tisu - Belum beli lagi
5 Sikat - Belum beli lagi
6 Putik Kapas (Cotton Bud) - Belum beli lagi
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper) - Belum beli lagi
8 Nasal Aspirator (untuk selsema) - Belum beli lagi
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - 11 Termometer- Ini hospital bagi biasanya. Masa iman dulu, PMC bagi
12 Vicks- Belum beli lagi
13 Minyak Telon- Belum beli lagi
14 cotton ball- Belum beli lagi
15 Nappy Cream- Belum beli lagi
17 Traveling pack- Belum beli lagi


Nursering [keperluan tidur baby]

1 Set Tilam- Masa iman dulu beli yang readymade je kat Anak Ku. Kalini ummi tempah khas untuk baby T. Nenek belanja. Rezeki awak sayang...TQ nenek!
2 comforter set- Tempah
3 Baby cot- Abang Iman punya masih elok. So, pakai yang abang punya je.
4 Kelambu[mosquito net]- Belum beli lagi. Abang punya dulu dah patah, rosak, tak tahu mana dah. hehe


Feeding

1 Botol dan puting susu saiz S - Ready! Beli Avent kalini
2 Bottle Sterilizer - Abang Iman punya masih elok. So, pakai yang abang punya je.
3 Berus Pembersih Botol - Pakai abang iman punya 
4 Penyepit Botol - free dalam Sterilizer set 
5 Sterilising Tablet - belum beli
6 Nipple Cream - Herbal Blend Shaklee
7 Nursing Pad - Belum beli lagi
9 Breast Pump - Beli masa abang iman dulu. Masih elok dan boleh digunakan. Berbaloi! Vote AMEDA!
10 Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel] - Beli masa abang iman dulu. Masih elok dan boleh digunakan. Berbaloi! Ice Gel je kena beli dan botol-botol pun ada yang elok.
11 Nursing Pillow -  Beli masa abang iman dulu. Masih elok dan boleh digunakan
12 Nursing Bra- Dari mengandung iman sampailah sekarang memang pakai nursing bra. So, tak masuk dalam list sangat kot sebenarnya. Sebab memang item ni sentiasa ready.


Bathing 

1 Tuala - Ada 2helai. Mungkin tambah lagi 1helai je
2 Besen Mandi [Bath Tub] - Beli masa abang iman dulu. Masih elok dan boleh digunakan.
3 Toiletries set - Belum beli lagi


Keperluan berpantang 

1 Set jamu - Set Berpantang Premium Shaklee + Luaran plan nak beli tanamera atau bihidan
2 Tungku - Belum beli lagi. Dulu masa iman pakai tungku herba Leesa Formula. 
3 Tuam/tungku baby - Belum beli lagi
4 Baju sejuk - pakai yang sedia ada
5 Kain batik - ibu bagi kain batik, beli sendiri masa honeymoon langkawi ada 3helai. Standby 7helai ok kot
6 Stokin - Pakai yang sedia ada
7 Nursing bra - Pakai yang sedia ada
8 Maternity Pad - Belum beli lagi Akan beli Pad Herba Avail
9 Tuala mandi - Pakai yang sedia ada
10 Breast pad - Masa iman dulu, tak pakai pun benda ni. Tapi belilah kot sekotak standby
11 Tukang urut - Contact no dah ada. Belum booking lagi
12 Bengkung - Siti Nur jiran depan rumah mama mertua ku bagi pinjam. TQ awak :)
13 Bantal Lapik duduk-tak tau rupernyer macamane
14 Air Zam / selusuh- air zam zam sentiasa ada..selusuh belum buat lagi


BEG HOSPITAL BABY (BELUM SEDIAKAN LAGI)

1) Pampers New Born
2) Baju Siang / Malam (panjang)
3) Seluar Siang / Malam (panjang)
4) Mitten & Booties
5) Bedung
6) Barut
7) Topi 
8) Selimut
9) Tuala Mandi Baby 
10) Tuala Muka 
11) Baby Wipes 
12) Baby Bath 
13) Baby Shampoo
14) Baby Powder 
15) Baby Lotion
16) Baby Oil 
17) Vicks 
18) Minyak Telon
19) Diaper Beg
20) Napkin


BEG HOSPITAL (BELUM SEDIAKAN LAGI)

1) Buku Rawatan Merah - 
2) Kad Pengenalan - 
3) Telefon Bimbit - 
4) Baju / T-Shirt -
5) Kain Batik - 
6) Tudung / Skaf - 
7) Stoking- 
8) Baju Dalam / Seluar Dalam- 
9) Tuala Muka- 
10) Peralatan Mandi- 
11) Tuala Mandi-
12) Bedak-
13) Sikat-
14) Maternity Pad - 
15) Pad Biasa
16) Breast Pad-
17) Baju Sejuk- 
18) Selipar- 
19) Beg Plastik Baju Kotor - 
20) Minyak Angin / Urut - 
21) Beg Pakaian - 
22) Getah rambut - 
23) Disposable panties (1set)

**Note:
Jangan lupa bawa baju yang akan digunakan untuk pulang ke rumah (bawak la yang lawa sikit..dan pilih yang longgar serta butang di depan -Mudah Untuk Menyusukan Bayi) Plan bawa nursing attire yang biasa pakai je ni. Mudah.

Bila dah sediakan list macam ni, barulah nampak dengan jelas sebenarnya banyak lagi yang tak lengkap. Apapun untuk penjimatan berganda, memang sah sah ada banyak jenis penjimatan berganda. Banyak juga keperluan yang boleh guna barang-barang abang iman. Dan......untuk kehamilan kali ini, tak adalah pula ummi ni pening baca review sana-sini mengenai breastpump a.k.a pam susu. Sebab ummi memang vote AMEDA ^__^

----> Erna akan update entry ini secara berperingkat jika barang-barang semua complete. InsyaAllah..by 35-36week semua akan complete. Amin



Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment