Apa itu Gestational Diabetes Mellitus (GDM) Ketika Hamil

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Alhamdulillah syukur..Sepanjang mengandungkan baby T kalini, tekanan perasaan setiap kali check up tu tak ada jika nak dibandingkan dengan tekanan perasaan + takut + berdebar setiap kali check up masa mengandungkan abang iman dulu. Sebab masa mengandung abang iman dulu, ummi ada 2tempat check up. Klinik Kesihatan di Kuala Perlis dan juga PMC Alor Setar. Kandungan kedua ni, untuk baby T..ummi buat keputusan untuk fully check up di Columbia Hosp Puchong dan tak buka buku pink/merah di KK macam abang iman dulu. 

So far sepanjang check up mengandungkan baby T ni, tak pernah lagi hadapi apa-apa masalah yang berat dan kronik. Tak pernah ada masalah Gestational Diabetes Mellitus ataupun biasa orang panggil kencing manis ketika hamil. Tak ada masalah darah tinggi. Tak ada masalah hb rendah. Cuma bab berat badan tu, pernah sekali doktor tegur. Cumanya..cara doktor tegur tak begitu menyeramkan macam masa iman dulu. Kalau iman di KK dulu, memang cuak abis la nak pergi check up. Selepas doktor scan, baby sihat, ummi pun sihat cuma kadar naik berat tu tinggi 1kg daripada yang sepatutnya.

Jadi, untuk entry kalini erna nak berkongsi mengenai Gestational Diabetes Mellitus


Apa itu gestational diabetes?

Gestational diabetes, yang juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus, GDM, adalah diabetes semasa mengandung. Ini adalah sejenis diabetes timbul apabila seorang perempuan mengandung tetapi tidak mempunyai diabetes semasa belum mengandung.

Selalunya, perut dan usus akan menghadam karbohidrat dalam makanan dan menukarnya menjadi glucose. Selepas tu, glucose akan disalurkan ke dalam darah untuk membekalkan tenaga.

Penyaluran glucose ke sel-sel badan memerlukan hormon insulin. Hormon ini dihasilkan oleh pankreas. Sekiranya anda mempunyai diabetes, tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sel tubuh badan tidak dapat mengunakan glucose seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan glucose terkumpul dalam darah dan menyebabkan diabetes atau kandungan gula tinggi dalam darah.

Menurut kajian (ni yang saya baca di web ya), 5% perempuan yang mengandung mempunyai GDM.

Macam Mana Nak tau jika anda ada GDM?

Selalunya ujian gula (glucose) akan dilakukan pada usia kandungan 24 - 28 minggu. Jika anda mempunyai risiko untuk mempunyai GDM seperti contoh pernah mempunyai masalah ni semasa kandungan sebelumnya, maka doktor akan membuat ujian lebih awal dari 24 minggu. Mungkin sejurus selepas mengetahui anda mengandung.

2 cara Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 - 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula macam ribena tapi sangat pekat. Lepas 2 jam buat lagi pengukuran bacaan gula dalam darah.

2) Cara kedua ni simple sikit. Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika gagal kena buat prosedur No. 1.

Adakah GDM akan memberi kesan pada Baby?

Kebanyakkan wanita yang mempunyai GDM akan melahirkan bayi yang sihat, terutamanya apabila mereka kawal kandungan gula dalam darah mereka dengan makan makanan sihat, buat senaman ringan dan mantain penambahan berat badan yang sihat. Namun dalam beberapa kes, GDM boleh memberi kesan kepada kandungan dan baby. Ini adalah beberapa risiko:-
  • Tubuh badan baby dalam kandungan lebih besar dari normal. Dalam kes ni mungkin perlu menjalankan pembedahan c-section untuk melahirkan baby.
  • Kandungan darah dalam badan baby terlalu rendah. Dalam kes ni, disarankan untuk mula breastfeed secepat mungkin agar dapat membantu menyalurkan glucose pada baby. Dalam kes berat, baby mungkin terpaksa diberi glucose melalui tube drip terus ke darah baby.
  • Baby mungkin akan mempunyai jaundis.
  • Baby mungkin mempunyai kesukaran untuk bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.
  • Baby mempunyai level mineral yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan otot 'twitching' (tergerak-gerak) atau krem. Tapi ini boleh diselesaikan dengan memberi mineral pada baby.
Apa nak buat jika ada GDM?

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-
  • Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.
  • Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.
  • Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.
  • Mantain berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.
  • Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.
Terdapat juga kes yang teruk dimana Ibu terpaksa mengambil insulin untuk menurunkan level gula dalam darah. Namun ada juga yang perlu buat ujian darah darah untuk mengetahui jika mereka mendapat glucose yang secukupnya.

Dengan Shaklee, adalah disarankan kepada ibu hamil yang mengalami masalah gestasi ataupun kencing manis untuk ambil 4jenis vitamin ini iaitu Vitalea, ESP, Bcomplex, Vitamin C

i. ESP Shaklee

berasaskan kacang soya bertindak dengan membantu penghasilan hormon insulin. Selain itu, ESP bertindak sebagai non-GMO dan berindex glisemik rendah.

ii. Vitalea Shaklee

multivitamin yang sangat bagus ibu mengandung. Dalam vitalea mengandungi chromium iaitu penting untuk pesakit diabetes yang mana kekurangan chromium menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif.

iii. Vitamin C Shaklee:

  1. Membantu sistem imun badan
  2. Mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol
  3. Bantu mengurangkan penghasilan katarak,  retinopati dan neuropati
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment